20 November 2010

'Awak kena mencari sesuatu'

‘Awak kena mencari sesuatu’

Mungkin kalian turut ‘blurr’ bersama saya. Apa kaitan tajuk di atas dengan apa yang ingin saya sampaikan. ‘Bukan senang untuk saya berkongsi berkenaan ini’, kerna ia bersifat subjektif dan 'exclusive'. Apa maksud motivasi bagi kalian? Adakah bila ada yang memberi motivasi,kalian terus termotivasi, atau bila ada yang memberi ‘therapeutic touch’, kalian termotivasi atau bila kalian perlukan motivasi, kalian membaca buku-buku motivasi seumpama Dr. HM Tuah, Dato. Dr. Hj Fadhilah Khamsah, Dato’ Nor Bahiyyah dan sebagainya yang tak memungkinkan saya menyebut semuanya di sini. Atau mungkin kalian suka untuk turut serta program-program, ceramah-ceramah motivasi yang giat dianjurkan? Wallaullam, hanya kalian yang lebih tahu ‘source of motivation’ yang perlu dalam hidup kalian.

Berbalik kepada cerita saya di awal-awal tadi, sehingga ke saat ini saya pun tidak pasti samada saya telah menjumpai atau tidak apa yang dimaksudkan oleh dua orang guru Quran saya ‘sesuatu yang hilang’ dan ‘saya kena mencari sesuatu’. Masih dalam tanda tanya. Itulah yang saya maksudkan ‘bukan senang untuk saya berkongsi berkenaan ini’. Sesuatu yang belum pasti.
Hilang sesuatu tidak semestinya hilang motivati. Mungkin terdedah pada source of motivation tapi tidak mampu untuk diterjemahkan pada kekuatan dalam diri. Tetapi hilang ‘kuasa dalaman’. Kuasa daripada dalam yang akan terzahir ke luar.

Sebab itulah saya ingin tahu apa yang kalian faham tentang motivasi. Motivasi itu memang luas skopnya. Bagi saya motivasi itu adalah dari dalam dibawa keluar, bukan dari luar dibawa ke dalam. Internel motivation is more influence than external motivation. Sesuatu yang dari luar di bawa ke dalam adalah tidak akan kekal lama. Tetapi kekuatan atau kuasa yang dipadukan dari dalam dan dibawa keluar adalah sukar untuk digugat. Kita mampu melakukan apa sahaja mengumpul motivasi untuk memberi ‘strength’ pada dalam , tetapi apakah ‘strength’ itu mampu untuk membina ‘power’ di dalam diri dan terluah kembali pada tindakan kita?

Mencari sesuatu dari dalam diri adalah jalan terbaik untuk benar-benar merasai diri ini termotivasi dan punya kekuatan. Jadi, jelas apa yang saya nampak ‘sesuatu yang hilang’ itu adalah ‘kekuatan yang hilang’. Persoalannya bagaimana untuk mendapat ‘kekuatan’ itu? Seandainya persoalan ini ditanya saya hanya mampu tersenyum. Masing-masing harus bertanya pada diri sendiri. Adakah dia tergolong dalam golongan yang hilang ‘taring’, dan bagaimana harus mengembalikan ‘taring’ itu. Simptom hilang kekuatan tidak seharusnya dibiarkan berlama-lama dalam diri sehingga menjejaskan potensi diri dan peluang pengembangan diri yang sentiasa terbuka.

Memang benar ada yang mengatakan hidup ini bagaikan roda yang berputar, sekejap berada di atas, sekejap berada di bawah. Dalam hidup ini tidak semua benda Allah permudahkan buat kita, kadang-kadang Allah uji juga sedikit dengan perisa kepahitan berupa kesengsaraan dan kegagalan. Benar, kesengsaraan dan kegagalan itu perit, tapi bila kita berjaya melepasinya, kepahitan dan kesengsaraan itu dirasakan cukup manis, bahkan lebih manis daripada kemanisan yang kita rasai selalu. Kemanisan yang asli seumpama madu asli.

Kadang-kadang tidak dapat dinafikan seandainya kita berjaya men’control’ diri dan memanipulasikan kesengsaraan dan kegagalan, ia mampu bertindak menjadi ‘source of strength and power’ atau ‘trigger’ buat kita. Allah itu Maha Adil. DIA tidak menjadikan sesuatu melainkan ada pengajaran dan ganjaran yang DIA ingin anugerahkan buat kita. Ini adalah hikmah yang terbaik buat kita. Hikmah itupun adalah suatu benda yang hilang. Orang yang mendapatnya adalah orang yang teliti dan bersabar dengan ujian Allah.

Umat Islam harus kuat. Kuat dalam dan luar. Tidak mudah berputus asa, yakin dengan Allah dan sentiasa berbaik sangka denganNya. Seandainya anda rasai anda telah hilang sesuatu, hilang kekuatan dalaman, carilah ia atau cari lah sesuatu yang dapat mencetuskannya.


Terima kasih saya ucapkan pada dua guru saya yang membuka jalan pada saya dan membuatkan saya berfikir dan berfikir. Memang tepat maksud kata-kata itu pada saya. Jika benar itulah yang dimaksudkan oleh mereka, alhamdulillah saya telah me’rasai’nya. Sehingga sekarang, sudah lama saya tidak bertemu mata dengan mereka berdua, bukan tidak ingin bertemu, saya bertahan. Kerna saya berjanji pada diri, sehingga sampai sesuatu target baru saya membenarkan diri berjumpa dengan mereka. Belajar daripada pengalaman hidup sendiri adalah lebih manis daripada bercakap dengan omong-omong kosong.


Penulis: article ini mungkin bersambung kerana ada beberapa isu lagi yang tidak berjaya penulis sampaikan di article ‘awak kena mencari sesuatu’. Semoga Allah memberi kekuatan untuk menyampaikan. Dan artikal ini juga sungguh lama penulis perap di dalam document laptod sehingga hari ini baru terkhabar bahwa ini masih belum dikongsi dengan kalian.

17 November 2010

Salam Eid al-Adha


07 November 2010

Kita sudah berada di bulan Zulhijjah


Kita sudah berada di bulan Zuhijjah, bulan penyucian, di mana Rasulullah s.a.w melarang umat Islam berperang kecuali selepas Negara dan umat Islam ditentang kaum musyrikin. Bagi mereka yang benar-benar menyelami bulan haji ini, keistimewaan yang diperolehi tidak dapat digambarkan. Akan tetapi ramai insan yang ‘terlepas pandang ‘ tentang keistimewaan bulan ini.

Kehangatan menyambut Zulhijjah tidak sama dengan kehangatan kita meraikan Ramadhan, begitu juga dengan keterujaan kita menyambut Hari Raya Idulfitri tidak sama dengan taraf keterujaan kita menyambut Hari Raya Idil Adha. Begitulah situasi ‘environment’ kita. Moga-moga kita dapat ‘survive’ dan menyedari akan kurniaan Allah di bulan Zulhijjah ini.

Allah swt mengurniakn hambaNya beberapa musim untuk memberi peluang kepada kita memperbanyakkan amal ibadat dengan pahala yang berganda.

Setiap musim yang dikurniakan ada kelebihannya tersendiri. Di bulan Rejab, Allah mengurniakn Isra’ dan Mikraj. Di bulan Syaaban, dikurniakan Nisfu Syaaban. Di bulan Ramadhan, dianugerahi Malam Lailatul Qadar kepada mereka yang benar-benar ‘mencari’. Di bulan Syawal, Rasulullah menggalakkan umat Baginda untuk berpuasa enam yang bersamaan dengan berpuasa selama setahun.


Manakala di bulan Zulhijjah, umat Islam dituntut melaksanakan Ibadat Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan.

Bagi yang tidak melakukan ibadat Haji di tanah suci, kita turut dikurniakan kelebihan-kelebihan tertentu;

SOLAT; melaksanakan solat fardhu secara berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat.

PUASA; Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sekadar yang mampu iaitu pada 1 hingga 8 Zulhijjah, tetapi pada Sembilan Zulhijjah, kita sangat dituntut untuk berpuasa.
Sebagaimana Baginda Rasulullah pernah menyebut dalam hadis; ‘Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadhan dan puasa pada sembilan Zulhijjah.

BERTAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID; Bertakbir pada hari-hari tertentu bermula pada waktu Maghrib sembilan Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah terutama selepas menunaikan solat fardhu secara berjemaah.

BERKORBAN; Umat Islam disyariatkan untuk melaksanakan ibadat korban pada Hari Raya ‘Idiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).

BERTAUBAT DARIPADA MAKSIAT DAN DOSA; maksiat adalah punca seseorang hamba terhalang daripada rahmat Allah, manakala ketaatan adalah sumber kasihnya Allah kepada kita. Bermohon bertaubat kepada Allah selagi mana kita masih punya peluang.

SALAM ZULHIJJAH BUAT SEMUA!

My Site Under Construction




27 October 2010

Solat Awal Waktu dan Warna-warna Alam


Solat Awal Waktu dan Warna-Warna Alam

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep ‘resonance’ pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur misalnya). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti tai-chi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam melakukan aktiviti-activiti lain dalam urusan dunia.

Memo:Dipetik daripada kiriman di Facebook
Read more...

07 September 2010

Taqoballahu Minna wa Minkum Taqoballahu Ya Kareem...


Taqoballahu Minna wa Minkum Taqoballahu Ya Kareem...


Salam Idulfitri buat semua saudara mara, sahabat handai dan seluruh saudara seIslamku di Malaysia dan seluruh dunia Islam...

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah sebagai amal kebaikan di sisiNya. Semoga segala yang terdidik di bulan Ramadhan menjadi diri kita di bulan-bulan yang lain.
Pohon kemaafan atas segala salah dan silap, yang disedari mahupun yang tidak disedari, yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. 'Asif 'ala kullihal.

Ramadhan Terakhir Kita Bersama!



Ramadhan Terakhir Kita Bersama!

Memang sukar and sayu untuk membayangkan…inilah Ramadhan terakhirku sebagai seorang mahasiswa, Ramadhan terakhirku di kampus.

Inilah Ramadhan terakhirku bersama teman-teman seperjuangan, 4 tahun ‘struggle’ in Bachelor of Nursing, teman-teman, sahabat-sahabat Dentist, Pharmacy, Allied Health, Sciences and Medic yang sama-sama menuntut ilmu di bumi Kuantan.
Ramadhan terakhir kita bersama…, kita bersahur, kita berbuka, kita bertaraweh, kita bertadarus, kita berqiamullail bersama-sama…

Segala-galanya kekal menjadi kenangan dalam lipatan jurnal kehidupan.

Mungkinkah jua inilah Ramadhan terakhirku…seandainya…

Tiada lagi Ramadhan lain selain Ramadhan ini yang bakal berlabuh,

Ramadhan yang tidak mungkin digapai kerna diri sudah ‘tiada’ di sini….wallahu’allam. Allah lebih Mengetahui.
Seperti sebuah perjalanan yang panjang, sesungguhnya hidup ini adalah kereta tua yang tidak pernah tahu bila ia akan berhenti. Ia terus berjalan, melalui apa sahaja yang dihadapannya. Segala disisinya melambaikan perpisahan. Tetapi tidak ada satupun orang yang mengerti bila ia akan berakhir.

Setiap lambaian kehadiran, sesungguhnya adalah lambaian perpisahan.

Kita hadir untuk kembali.

Kita datang untuk pulang.

Kita lahir untuk mati.

Begitulah pada hakikatnya.

Kita lahir sendirian, tidak punya apa-apa….

Kita kembali sendirian dan tidak punya apa-apa jua.

Ramadhan yang mulia, saat sumber kekayaan spiritual dilapangkan seluas-luasnya, saat pelbagai kurniaan tidak diberikan pada bulan selainnya. Harus ada kebimbangan bagi kita, barangkali ini Ramadhan terakhir kita.


Taqoballahu Minna wa Minkum Taqoballahu Ya Kareem...

Hari-Hari Duka Orang Soleh


Hari-hari duka orang-orang soleh
Hari-hari terakhir pada bulan Ramadhan adalah hari-hari duka bagi orang-orang soleh. Air mata mula menitis dipenghujung Ramadhan. Lantaran bulan yang penuh keberkatan dan keampunan akhirnya akan berakhir.

Mereka disapa kegelisahan, gundah-gulana dan dukacita. Mereka bimbang, kerana merasa belum sempat mengambil manfaat di sepanjang Ramadhan.

Mereka khuatir seandainya amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa masih belum diampuni. Mereka berduka kerna boleh jadi tidak sempat lagi bertemu Ramadhan di tahun-tahun hadapan.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib ra, bahawasanya beliau biasa berseru pada penghujung malam Ramadhan
“Seandainya aku tahu siapakah orangnya yang diterima amalannya agar aku dapat memberikan tahniah kepadanya, dan siapakah orangnya yang ditolak amalannya agar aku dapat melawatnya”.


Perlu disana kita menyimpan rasa khuatir yang mendalam dalam diri , bimbang amal kita tidak diterima oleh-Nya.


Ya Allah…Ramadhan ini pasti akan dirindui selalu.
Ya Allah Ampunilah dosa-dosa kami…dan terimalah amalan kami ini.

04 September 2010

Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya!

Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya!

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam. Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa.

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

"Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?''

Baginda bersabda: Ucapkanlah: "Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba hamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.''

(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud:Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Hati daripada segumpal darah perlu ‘berpuasa’

Hati daripada segumpal darah perlu ‘berpuasa’.
Assalamualaikum wbr. dan Salam 26 Ramadhan.

Dalam beberapa malam lagi Ramadhan akan bakal meninggalkan kita, dan Syawal menjelma.

Bagaimana puasa kita 25 hari yang lepas? Adakah kita benar-benar berpuasa dalam erti kata berpuasa jasad/ fizikal dan hati jua turut berpuasa?

Seluruh jiwa dan jasad harus berpuasa.

Hati daripada segumpal darah yang mana peranannya sebagai kerajaan dalam diri kita perlu berpuasa. Seringkali puasa dan amalan-amalan kebaikan pada bulan Ramadhan menjadi tidak bernilai kerana hati tidak ber’puasa’. Hanya jasad yang berpuasa…hati masih lagi dibaluti sifat-sifat mazmumah; amarah, dengki, dendam, benci, prasangka buruk dan sebagainya.
Hati yang ber’puasa’ adalah hati yang bersih daripada kesyirikan, kepercayaan kepada perkara-perkara batil, niat buruk dan lintasan fikiran yang buas.
Abdullah bin Amr bin Ash ra meriwayatkan seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Siapakah manusia yang paling mulia?”

Rasulullah menjawab, “orang yang bersih hatinya dan baik lisannya”.
Sahabat berkata “kami tahu apa yang dimaksudkan dengan baik lisannya, namun apa yang dimaksudkan dengan bersih hatinya?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Maksudnya adalah orang yang bertakwa dan orang yang suci. Di hatinya tidak ada dosa, iri, dengki dan dendam”. -HR Ibnu Majah-
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang kemuliannya melebihi darjat puasa, solat dan sedekah?”

“Ya” jawab para sahabat.

Baginda meneruskan sabdanya “Perelokkanlah sikap kalian, kerana sikap yang buruk itu seperti pencukur. Yang aku maksudkan bukan mencukur rambut tetapi mencukur agama” -HR Tirmidzi-

Baginda juga menerangkan juga kepada para sahabat tentang kehadiran seorang ahli syurga di kalangan mereka. Ketika orang itu ditanya mengapa kamu termasuk dalam golongan ahli syurga? Dia menjawab “Aku tidak boleh tidur jika di dalam hatiku masih ada hasad dan iri kepada orang lain.”
Ramadhan bakal berakhir, walau betapa sukar dan berat sekalipun untuk kita melepaskan Ramadhan pergi…ia tetap akan berlalu pergi dan akan kembali pada 1432H dan seterusnya setiap tahun sehinggalah kiamat berlaku…tetapi kita…masih belum pasti samada bakal bertemu kembali atau tidak!

Ramadhan akan menyapa orang yang bersih hatinya, suci daripada segala sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati. Oleh itu, berusahalah kita untuk membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit yang berbahaya. Di bulan Ramadhan ini, Allah melimpahkan seluruh Rahmatnya, inilah peluang kita untuk memberi ‘energy’ kepada diri , merawat hati, membuang segala toksik yang terkumpul di dalam hati sebelum ia menyerang organ-organ lain dan sebelum kita terlambat yakni tidak dapat diselamatkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails