Membaca buku ini InsyaAllah dapat memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita menurut syariat Islam. Persoalan ‘dalaman’ yang wajar difahami oleh setiap wanita mukallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan secara jelas dan ringkas sebagai panduan hidup muslimah sejati.
Penulis : Dr. Saadudin Mus’ad Hilali (Professor Fikh Perbandingan, Universiti Al-Azhar)
Diterjemahkan oleh: Fauwaz Fadzil (BA Syariah Islam, Universiti Al-Azhar), anak kepada Allahyarham Al-Fadhil Ustaz Fadhil Noor
Sesungguhnya Allah telah menciptakan wanita sebagai makhluk yang menempati takhta keistimewaanya yang tersendiri. Kedatangan Islam tambah menjulang maruah wanita ke darjat yang sangat tinggi. Islam menyaksikan betapa jatidiri wanita mempunyai pengaruh yang sangat ‘vital’ dalam proses kelansungan kehidupan menusia sejagat, malah prestasi sumbangannya menjadi indicator terpenting terhadap kualiti kesejahteraan hidup masyarakat.
Tidak hairanlah, dengan kedudukan dan peranan yang begitu strategik, Islam memperuntukkan disiplin dan etika hidup khusus untuk kaum wanita demi memastikan kehormatan dan kebajikan dirinya terpelihara dengan sebaik mungkin.
Sayidatina Aisyah, seorang ‘icon’ pejuang kemurniaan peribadi wanita, merupakan orang yang paling mendalam ilmunya di dalam bidang ‘fikh wanita’. Jelas, buku ini tiadalah mampu menggantikan Sayidatina Aisyah dalam merungkai permasalahan wanita, namun buku ini bertindak sebagai petunjuk kepada hukum-hukum fikh yang khusus membicarakan persoalan alat sulit wanita bagi memimpin kaum wanita terus berada dalam ketetapan syariat Islam, secara tersusun, ringkas tetapi padat. InsyaAllah.
slm..alang ada ke buku ni?
ReplyDeleteGood sharing..thanks Syikin..em nk cr di mn ye?
ReplyDeleteassalamualaikum along & fizah, sy ada buku ini, cuma sy x pasti kt mana buleh dapatkan buku ini, mungkin kedai buku biasa ada. Bagus buku ni sebagai rujukan fikh wanita.
ReplyDelete