08 June 2011

Pondok Modern Darussalam Gontor


Pondok Modern Darussalam
Pondok Modern Darussalam Gontor merupakan salah satu pesantren yang terkenal terletak di Gontor, Ponorogo, Jawa Timur Indonesia. Berperanan dalam mewarnai pendidikan Indonesia bahkan Asia Tenggara.

Saya mula tertarik dengan Pondok ini setelah menghadam sebuah novel karangan Ahmad Fuadi Negeri 5 Menara. Rujuk Negeri 5 Menara. Memasuki usianya yang ke-85 tahun, pondok ini terus memperkukuhkan peranannya dalam mendidik anak-anak Islam, menggerakkan dakwah kemasyarakatan dan melahirkan para cendekiawan Islam.

Alangkah baiknya seandainya di Malaysia juga wujud sistem pendidikan pondok seumpama ini yang menekankan ukhrawi dan duniawi. Di sini pelajar hanya dibenarkan bertutur dalam dua bahasa sahaja iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, bahasa lain tidak dibenarkan sama sekali, melatih para santri berpidato layaknya seperti pemidato hebat, menggalakkan penulisan dan menekankan aspek-aspek kesihatan dan bersukan.

Mungkin saya tidak pandai untuk menceritakan atau memberikan gambaran tentang kehebatan pendidikan dan sistem pembelajaran di pondok ini dengan menggunakan bahasa saya yang terbatas dan apatah lagi saya tidak pernah sampai ke sana. Saya teringin sangat untuk menjejakkan kaki ke sana. Untuk mendapat gambaran yang terbaik mungkin kalian boleh menghadam novel Negeri 5 Menara, kisahnya adalah kisah nyata pejuang-pejuang ilmu di bumi Gontor.

Penghargaan saya buat Khamisah sudi mengambilkan gambar buat saya sepanjang kunjungan beliau ke Pondok Modern Darussalam Gontor dan membawa jiwa saya bersama (^_^). Paling tidaknya saya mendapat gambaran pondok itu pada era kini secara kasar.
Ahlan Wasahlan


Laman Thobur

Apa yang kau cari?

Menurut Khamisah inilah Polis Keamanan yang meronda sekitar sekolah dan kg dengan basikal dan mengawal disiplin pelajar (Rujuk Negeri 5 Menara)



7 comments:

  1. awak! hehe. cantik gambar2 di atas. ^_^

    ReplyDelete
  2. ramai ke anak2 org msia yg belajar di sana?

    ReplyDelete
  3. ramai pelajar malaysia disana . termasuklah saya .

    saya alumni 2002 . mengajar di pondok modern gontor 1 pd tahun 2003 dan terus melanjutkan pengajian ke universiti al azhar .

    sekarang di malaysia .

    www.daulahmedic.com
    syed fuad syed othman

    ReplyDelete
  4. assalam.... di mana boleh saya dapatkan buku negeri 5 menara ni?? terima kasih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkedai2 buku spt popular sy fikir ada. Tulisan a.fuadi menyeluruh. insyaAllah ada.

      Delete

Comment Here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails