Wajah yang bersih |
Cahaya Mata itu Kurniaan yang tidak ternilai
Anak-anak itu adalah cahaya mata kurniaan Tuhan yang sangat berharga buat pasangan yang berkahwin. Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu menginginkan zuriat penyambung keturunan dan penerus kesinambungan amanah sebagai khalifah.
Setiap anak yang dilahirkan, adalah harapan baru buat dunia. Khalifah yang akan memakmurkan bumi. Anak-anak ini masih bersih dan terlepas daripada segala dosa, maka bergantung kepada ibu bapanya ke arah manakah harus dibentuk anak itu.
Melihat mata anak-anak kecil, ‘neonate’, dan ‘infant’ yang masih belum baligh menjadikan terapi yang terbaik untuk ketenangan, kebahagiaan dan menyejukkan hati. Hati yang berserabut menjadi tenang dek kadang-kadang terganggu disebabkan kerenah dunia akhir zaman yang banyak menyakitkan hati.
Berikut adalah perkongsian sebahagian potongan jurnal ketika berpraktikal di Labour Room dan SCN (Special care Neonate), pengalaman berharga bersama ibu-ibu berjuang melahirkan anak.
Every time, I get involved in delivery even though just observed, I was non stop praying for the laboring mother especially during the 2nd stage of delivery where it begins with complete dilatation of cervix for 10cm and ends with birth of the baby, looking at their face, giving them support, touching with therapeutic. Hope that Allah s.w.t will help them in this ‘perjuangan’, so that they can deliver the baby safely. The mother is safe and the baby is safe without any complication.
The newborn babies looked so pure and innocent. Everytime I looked at them and hold them, I feel so tranquil and calm. When I kissed with my lips the baby’s soft forehead, I feel so relax. I’m always fall in love with them. It’s wonderful feeling. Another miracle from Allah.
They are a good source of inspiration, a new hope for the world that going to be a khalifah insya Allah, continuing ‘dakwah’ for Islam.
How lucky the mother in the world that never can be gained by father, that they have been raised by Allah s.w.t to a very high position in life. Motherhood is a special status that Allah has bestowed upon selected women. I hope I can be one of them!
Hak-hak terhadap anak
Dikisahkan pada suatu hari Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a didatangi seorang lelaki yang mengadu bahawa anaknya sentiasa menderhaka kepadanya. Maka anak itu dipanggil oleh Umar, seraya diingatkan agar jangan menderhakai ayahnya serta dianjurkan agar ia mentaatinya dan menjaga hak-haknya. Tiba-tiba si anak pun bertanya kepada Umar katanya: Wahai Amirul Mukminin apakah anak tiada mempunyai hak-hak atas ayahnya?
Pimpinlahku ke jalan kebenaran! |
Jawab Umar: Bahkan ada! Berkata si anak "Apa dia, wahai Amirul Mukminin? Berkata Umar: Memilih ibu yang baik, memberikan nama yang baik serta mengajarnya membaca Al-Quran. Berkata si anak:Wahai Amirul Mukminin sesungguhnya bapa saya tiada membuat satu pun dari ketiga-tiga perkara itu. Ibu saya berbangsa Afrika dahulunya isteri seorang majusi. Saya pula diberi nama Khunfusak (bermaksud 'lipas') dan juga tidak pernah mengajar saya satu huruf pun dari Al-Quran. Lalu Umar berkata kepada ayahnya: 'Jika demikian, kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum dia derhaka kepada mu.'
Seorang ayah seharusnya melaksanakan hak-hak seorang anak terlebih dahulu. Kadang-kadang kita tersalah faham, pendidikan anak-anak bukan bermula ketika si anak sudah dilahirkan, tetapi pendidikan mereka dan hak-hak mereka yang perlu ditunaikan sudah pun bermula di awal pemilihan seorang calon isteri atau ibu kepada si anak atau dengan kata lain ketika mencari jodoh.
Bahkan saya kira perlu terlebih awal daripada itu lagi, kerna seandainya seorang lelaki ingin mendapatkan isteri yang solehah, dia seharusnya terlebih dahulu menjadi seorang lelaki yang soleh dan begitu juga dengan wanita.
Sebelum seseorang jejaka membuat keputusan tentang pasangan hidupnya, perlu diingat bahawa pasangan itu adalah bakal ibu kepada anaknya dan sebelum seorang gadis membuat pilihan dia juga perlu ingat bahwa lelaki itu adalah bakal bapa kepada anak yang dilahirkan nanti. Lantas konklusinya, tarbiyyah anak itu bermula seawal tarbiyyah seorang ibu dan bapanya.
Naluri terhadap anak-anak
Naluri adalah perasaan yang dicetuskan oleh Allah s.w.t dalam hati ibu-bapa daripada sifat cinta, belas kasihan dan rahmat. Menurut Abdullah Naseh Ulwan dalam buku beliau ‘Tarbiyatul Aulad Fil Islam’, naluri kedua ibu-bapa terkerah di atas kecintaan terhadap anak yang dilahirkan, berakar umbi di dalamnya segala sifat-sifat belas kasihan, rahmat, kecenderungan memeliharanya dan pengorbanan yang tidak terhingga. Seandainya naluri ini tidak ada, nescayalah seorang ibu dan ayah tidak mampu bersabar dalam mendidik anak-anaknya.
Hati yang sepi daripada rahmat akan menyebabkan tuannya bersikap kasar, keras dan kejam. Sifat-sifat yang buruk ini juga terbawa-bawa kepada si anak, tersungkur dalam kekotoran sifat-sifat yang keji.
Rasulullah s.a.w amat menitikberatkan akan sifat rahmat dan kasih sayang apatah lagi pada si kecil.
Rasulullah s.a.w bersabda;
“Bukan dari golongan kami, siapa yang tidak merahmati yang kecil di antara kita, dan mengenal hak yang besar di antara kita.” (Riwayat Abu Daud & At-Tirmidzi)
“Rasulullah s.a.w telah mencium Al-Hasan bin Ali (cucunya), dan di waktu itu Al-Aqra’ bin Habis sedang duduk bersamanya. Maka berkata Al-Aqra’: Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak, dan saya tidak pernah mencium seorang pun di antara mereka. Rasulullah s.a.w menoleh kepadanya, seraya bersabda: Siapa yang tidak membelasi (orang lain), niscayalah dia tidak akan dibelasi.” (Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a)
Setiap kelahiran itu adalah amanah dan tanggungjawab yang besar buat ibu dan ayah.
Anak-anak adalah cahaya hati, yang bakal menjadi ‘harta’ kita didunia dan aset kita di akhirat kelak. Baiknya kita, maka baik lah didikan kita pada mereka, membesarlah mereka dalam suasana yang sihat dan sempurna, diberikan didikan secukupnya, diajar mengenal Allah dan Rasul, dimengertikan kenapa kita wajibnya Islam. Maka bakal membesarlah seorang individu yang membawa ‘cahaya’ ke dunia penyambung dakwah Rasul dan para sahabat.
Sewajarnya kita sentiasa berdoa semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan diberikan kekuatan buat kita untuk membesarkan mereka dengan sempurna untuk dunia mereka dan akhirat mereka.
Doa-doa agar diri dan zuriat diterima sebagai hamba yang taat dan mendapat zuriat yang baik (Sumber: Buku Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari oleh Ust Zahazan Mohamed & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid)
“Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah: 127-128)
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku daripada sisi-Mu zuriat yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” (Al-Imran: 38)
“Wahai Tuhan kami, berilah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” (Al-Furqan: 74)
Penulis memohon kemaafan kerna berlaku sedikit percampuran bahasa di sini kerna penulis ingin mengekalkan keaslian bahasa yang di ambil daripada jurnal ‘clinical posting’ di SCN (Special Care Neonate) & Labour Room’. Wallua'llam. Sekadar perkongsiaan.
Wajah yang tiada dosa |
No comments:
Post a Comment
Comment Here