07 September 2010

Hari-Hari Duka Orang Soleh


Hari-hari duka orang-orang soleh
Hari-hari terakhir pada bulan Ramadhan adalah hari-hari duka bagi orang-orang soleh. Air mata mula menitis dipenghujung Ramadhan. Lantaran bulan yang penuh keberkatan dan keampunan akhirnya akan berakhir.

Mereka disapa kegelisahan, gundah-gulana dan dukacita. Mereka bimbang, kerana merasa belum sempat mengambil manfaat di sepanjang Ramadhan.

Mereka khuatir seandainya amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa masih belum diampuni. Mereka berduka kerna boleh jadi tidak sempat lagi bertemu Ramadhan di tahun-tahun hadapan.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib ra, bahawasanya beliau biasa berseru pada penghujung malam Ramadhan
“Seandainya aku tahu siapakah orangnya yang diterima amalannya agar aku dapat memberikan tahniah kepadanya, dan siapakah orangnya yang ditolak amalannya agar aku dapat melawatnya”.


Perlu disana kita menyimpan rasa khuatir yang mendalam dalam diri , bimbang amal kita tidak diterima oleh-Nya.


Ya Allah…Ramadhan ini pasti akan dirindui selalu.
Ya Allah Ampunilah dosa-dosa kami…dan terimalah amalan kami ini.

No comments:

Post a Comment

Comment Here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails