Assalamualaikum wbr. dan Salam 26 Ramadhan.
Dalam beberapa malam lagi Ramadhan akan bakal meninggalkan kita, dan Syawal menjelma.
Bagaimana puasa kita 25 hari yang lepas? Adakah kita benar-benar berpuasa dalam erti kata berpuasa jasad/ fizikal dan hati jua turut berpuasa?
Seluruh jiwa dan jasad harus berpuasa.
Hati daripada segumpal darah yang mana peranannya sebagai kerajaan dalam diri kita perlu berpuasa. Seringkali puasa dan amalan-amalan kebaikan pada bulan Ramadhan menjadi tidak bernilai kerana hati tidak ber’puasa’. Hanya jasad yang berpuasa…hati masih lagi dibaluti sifat-sifat mazmumah; amarah, dengki, dendam, benci, prasangka buruk dan sebagainya.
Hati yang ber’puasa’ adalah hati yang bersih daripada kesyirikan, kepercayaan kepada perkara-perkara batil, niat buruk dan lintasan fikiran yang buas.
Abdullah bin Amr bin Ash ra meriwayatkan seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Siapakah manusia yang paling mulia?”
Rasulullah menjawab, “orang yang bersih hatinya dan baik lisannya”.
Sahabat berkata “kami tahu apa yang dimaksudkan dengan baik lisannya, namun apa yang dimaksudkan dengan bersih hatinya?”
Sahabat berkata “kami tahu apa yang dimaksudkan dengan baik lisannya, namun apa yang dimaksudkan dengan bersih hatinya?”
Rasulullah s.a.w menjawab “Maksudnya adalah orang yang bertakwa dan orang yang suci. Di hatinya tidak ada dosa, iri, dengki dan dendam”. -HR Ibnu Majah-
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang kemuliannya melebihi darjat puasa, solat dan sedekah?”
“Ya” jawab para sahabat.
Baginda meneruskan sabdanya “Perelokkanlah sikap kalian, kerana sikap yang buruk itu seperti pencukur. Yang aku maksudkan bukan mencukur rambut tetapi mencukur agama” -HR Tirmidzi-
Baginda juga menerangkan juga kepada para sahabat tentang kehadiran seorang ahli syurga di kalangan mereka. Ketika orang itu ditanya mengapa kamu termasuk dalam golongan ahli syurga? Dia menjawab “Aku tidak boleh tidur jika di dalam hatiku masih ada hasad dan iri kepada orang lain.”
Ramadhan bakal berakhir, walau betapa sukar dan berat sekalipun untuk kita melepaskan Ramadhan pergi…ia tetap akan berlalu pergi dan akan kembali pada 1432H dan seterusnya setiap tahun sehinggalah kiamat berlaku…tetapi kita…masih belum pasti samada bakal bertemu kembali atau tidak!
Ramadhan akan menyapa orang yang bersih hatinya, suci daripada segala sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati. Oleh itu, berusahalah kita untuk membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit yang berbahaya. Di bulan Ramadhan ini, Allah melimpahkan seluruh Rahmatnya, inilah peluang kita untuk memberi ‘energy’ kepada diri , merawat hati, membuang segala toksik yang terkumpul di dalam hati sebelum ia menyerang organ-organ lain dan sebelum kita terlambat yakni tidak dapat diselamatkan.
No comments:
Post a Comment
Comment Here