07 November 2010

Kita sudah berada di bulan Zulhijjah


Kita sudah berada di bulan Zuhijjah, bulan penyucian, di mana Rasulullah s.a.w melarang umat Islam berperang kecuali selepas Negara dan umat Islam ditentang kaum musyrikin. Bagi mereka yang benar-benar menyelami bulan haji ini, keistimewaan yang diperolehi tidak dapat digambarkan. Akan tetapi ramai insan yang ‘terlepas pandang ‘ tentang keistimewaan bulan ini.

Kehangatan menyambut Zulhijjah tidak sama dengan kehangatan kita meraikan Ramadhan, begitu juga dengan keterujaan kita menyambut Hari Raya Idulfitri tidak sama dengan taraf keterujaan kita menyambut Hari Raya Idil Adha. Begitulah situasi ‘environment’ kita. Moga-moga kita dapat ‘survive’ dan menyedari akan kurniaan Allah di bulan Zulhijjah ini.

Allah swt mengurniakn hambaNya beberapa musim untuk memberi peluang kepada kita memperbanyakkan amal ibadat dengan pahala yang berganda.

Setiap musim yang dikurniakan ada kelebihannya tersendiri. Di bulan Rejab, Allah mengurniakn Isra’ dan Mikraj. Di bulan Syaaban, dikurniakan Nisfu Syaaban. Di bulan Ramadhan, dianugerahi Malam Lailatul Qadar kepada mereka yang benar-benar ‘mencari’. Di bulan Syawal, Rasulullah menggalakkan umat Baginda untuk berpuasa enam yang bersamaan dengan berpuasa selama setahun.


Manakala di bulan Zulhijjah, umat Islam dituntut melaksanakan Ibadat Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan.

Bagi yang tidak melakukan ibadat Haji di tanah suci, kita turut dikurniakan kelebihan-kelebihan tertentu;

SOLAT; melaksanakan solat fardhu secara berjemaah dan memperbanyakkan solat sunat.

PUASA; Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat sekadar yang mampu iaitu pada 1 hingga 8 Zulhijjah, tetapi pada Sembilan Zulhijjah, kita sangat dituntut untuk berpuasa.
Sebagaimana Baginda Rasulullah pernah menyebut dalam hadis; ‘Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadhan dan puasa pada sembilan Zulhijjah.

BERTAKBIR, TAHLIL DAN TAHMID; Bertakbir pada hari-hari tertentu bermula pada waktu Maghrib sembilan Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah terutama selepas menunaikan solat fardhu secara berjemaah.

BERKORBAN; Umat Islam disyariatkan untuk melaksanakan ibadat korban pada Hari Raya ‘Idiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).

BERTAUBAT DARIPADA MAKSIAT DAN DOSA; maksiat adalah punca seseorang hamba terhalang daripada rahmat Allah, manakala ketaatan adalah sumber kasihnya Allah kepada kita. Bermohon bertaubat kepada Allah selagi mana kita masih punya peluang.

SALAM ZULHIJJAH BUAT SEMUA!

No comments:

Post a Comment

Comment Here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails