Tarbiyatul-Awlad Fil-Islam
Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam
Karangan luar biasa Allahyarham Prof. Syaikh Abdullah Naseh Ulwan, Mahaguru Pengajian Islam Universiti Al-Malik Abdul Aziz (Jeddah). Buku ini diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait dengan cetakan ke-17 1431H/2010M.
Saya mula mengenali buku ini melalui sahabat-sahabat yang mementingkan fikrah Islam dibentuk daripada awal lagi, dan kali keseterusnya yang membuatkan saya tergerak untuk menghadam buku ini ialah melalui En Ahmad Zahid Zainal Abidin, bapa kepada adik Muhammad Ahmad Zahid, yang menceritakan sedikit sebanyak dalam suatu majalah tentang bagaimana beliau mendidik anak-anak beliau sehingga terzahirlah dengan izin Allah watak seumpama adik Muhammad yang mampu menghafaz al-Quran 30 juz dalam usia 10 tahun. Menurut beliau, melahirkan anak hafaz al-Quran bukan lah matlamat utama, tetapi melahirkan anak yang bertakwa itulah matlamat yang sebenar. Hafaz al-Quran adalah persiapan dan persediaan ke arah itu.
Menurut beliau lagi “Buku ini bukan berbentuk falsafah, tetapi lebih kepada manual dan praktikal. Setiap perkara yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak seperi cara makan, cara berpakaian, cara beradab dengan ibu-bapa, cara membaca Al-Quran dan sebagainya ada dalam buku tersebut”.
“Andai pengarang buku ini masih hidup, dialah mursyid saya yang akan saya peluk. Dia telah berjasa memberi panduan kepada saya dalam membentuk Muhammad sebagai anak sulung. Buku ini jelas dan mudah kaedahnya, kita cuma ikut dan pantau anak-anak. InsyaAllah berjaya.” En Ahmad Zahid Zainal Abidin.
Buku ini punya keistimewaan yang tersendiri berbanding buku-buku lain. Topiknya luar biasa sekali, perbahasannya sangat luas, menyeluruhi segala aspek pendidikan dan pengetahuan Islam tentang pendidikan.
Penulis telah mengarang buku ini dalam 3 bahagian utama, tiap-tiap bahagian pula terbahagi kepada beberapa fasal, dan setiap fasal mempunyai beberapa topic.
Judul-judul setiap fasal dari tiap-tiap bahagian adalah seperti berikut:
Bahagian Pertama
Fasal 1: Perkahwinan misali dan pertaliannya dengan pendidikan
Fasal 2: Perasaan naluri terhadap anak
Fasal 3: Hukum-hukum umum yang berkaitan anak yang baru lahir
Fasal 4: Sebab-sebab penyelewengan anak-anak dan cara memperbaikinya
Bahagian Kedua: Suatu analisa lengkap di bawah tajuk ‘Tanggungjawab-tanggungjawab terbesar atas para pendidik’
Fasal 1: Tanggungjawab pendidikan keimanan
Fasal 2: Tanggungjawab pendidikan moral
Fasal 3: Tanggungjawab pendidikan jasmani
Fasal 4: Tanggungjawab pendidikan mental
Fasal 5: Tanggungjawab pendidikan rohani
Fasal 6: Tanggungjawab pendidikan social
Fasal 7: Tanggungjawab pendidikan seks
Bahagian Ketiga
Fasal 1: Cara-cara pendidikan yang berkesan
Fasal 2: Kaedah-kaedah asasi dalam pendidikan anak
Fasal 3: Petunjuk-petunjuk pendidikan yang wajib diperhatikan
Buku yang berketebalan 1,200 ms ini dan dihasilkan dalam 2 jilid pantas mendedahkan kepada kita kurikulum yang sempurna lagi menyeluruh berkenaan cara-cara pendidikan anak-anak dalam Islam dari sejak anak itu dilahirkan hingga ke usia tamyiz, dan seterusnya kepada usia murohaqoh (anak-anak muda), seterusnya ke usia taklif (baligh-akil).
Bahkan di awalnya juga diterangkan tentang pemilihan pasangan yang tepat untuk bersama-sama membina bait al-muslim yang bahgia dan menjadi impian setiap individu muslim.
Apabila para pendidik, ibu-bapa memilih cara-cara dan prinsip-prinsip Islam di dalam pendidikan, nescaya umat Islam akan hidup kekal di dalam ketenteraman dan kebahgiaan jauh daripada kehidupan yang kacau-bilau dan penuh kebobrokan. Justeru ternyatalah bahwa Islam itu adalah agama yang menyeluruh, agama kehidupan, agama kemanusiaan, agama kesedaran, pendidikan dan pembaikkan. Akhirnya sekalian manusia akan hidup bawah lindungan Islam dengan roh, akhlak dan pemikiran Islam.
Justeru itu marilah kita bersama memanfaatkan buku yang amat berharga ini demi untuk mendidik jiwa-jiwa kita dan jiwa anak –anak kita generasi akan datang yang bakal memikul tugas dakwah yang berat ini.
Da lama mencari buku ni.. Asyikin jumpa kat mana? Jafar Rawas ke?
ReplyDeleteah..ah...beli kt jaafar rawas,RM 36 u jilid 1. Selamat menghadam buku ini...mudah2an byk manfaatnya
ReplyDeletekalau sape nak buku itu saya ada contact saya
ReplyDeletehp no 0104217601
email : omar@pustakaislamiyah.com
atau alhabsh2002@gmail.com