30 September 2009

Duit Raya tu patut atau tidak?



Pening kepala saya dibuatnya bila sepupu sepapak minta duit raya saat pulang ke Bandar Kota Bharu, di rumah nenek. Itu nasib baik belum ada anak saudara lagi.

“K ngah nak duit raya” beginilah gayanya sepupu-sepupu yang kecil-kecil ‘respond’ saat bertemu di hari raya. Bagi mereka, apabila kita salam terus boleh minta duit raya.

“Manalah k ngah ada duit…keja pun tarak lagi”.

Begitulah respondku tiga tahun kebelakangan ini. Dalam hati, saya merungut ‘celah mana la aku nak korek kocek nak bagi duit raya’. Mungkin mereka fikir menjauhnya saya daripada bumi Kelantan adalah mencari rezeki. Sedangkan menjauhnya saya sejak 2005 adalah manuntut ilmu yang masih belum ‘graduate’ lagi.

Apabila berfikir panjang, trend memberi duit raya ini membimbangkanku. Tidak dinafikan asal-asal pemberian duit di hari raya adalah satu hadiah daripada seseorang kepada yang lain terutamanya kanak-kanak dan remaja yang masih belum berkahwin. Baik juga sama-sama menghulur bantuan berupa duit raya pada anak-anak daripada keluarga yang susah ataupun anak-anak yatim bagi meringankan beban keluarga mereka.

Tetapi malangnya sehingga di saat ini, trend memberi duit raya seolah-olah menjadi kewajipan ke atas mereka yang bekerja untuk diberikan pada anak-anak kecil terutamanya. Tidak sah hari raya itu jika tidak dihulurkan duit raya.



Sedar tidak sedar, masyarakat Islam dan Melayu telah membiasakan dan mengajar anak-anak kita dengan nilai-nilai yang boleh disalah tafsirkan oleh anak-anak kita. Pemberian duit raya membenarkan sedikit sebanyak unsur-unsur materialistik tumbuh di dalam jiwa mereka. Unsur-unsur materialistik ini meresap ke dalam jiwa mereka dari hari raya ke hari raya, dari tahun ke tahun sehingga terbentuknya ‘mind setting’ di jiwa mereka bahawa hari raya itu hari bergembira dan berseronok mengumpul duit raya.Menjauh daripada kefahaman hari raya yang sebenar. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Memang benar ibu-bapa boleh mengatakan ‘seandainya orang nak bagi apa boleh buat', tetapi apa yang perlu di ‘take note’ oleh mereka adalah sejauh mana mereka membantu anak-anak mereka mengurus wang-wang hari raya yang ‘dipungut’ dan mendidik anak-anak untuk menabung. Ini adalah tanggungjawab ibu-bapa agar-agar anak-anak mensyukuri rezeki yang berupa wang yang diterima pada hari raya.

Sifat syukur itu penting untuk diterapkan. Seandainya dibiarkan, maka bolehlah kita mendengar rungutan anak-anak kecil yang sudah pandai merungut-rungut seumpama ini,
“alah…pak cik tu bagi seringgit je! Ingat boleh la dapat banyak sikit, nampak rumah besar…!”.

Satu lagi nilai ‘pendidikan’ kita beri pada anak-anak kita. Mau kah kita?
Ada juga ayah saya bercerita berkenaan kisah anak muridnya di sekolah (tetapi tidak pasti darjah berapa) apabila diberi duit raya. Seorang murid persoalkan kembali pada ayah kenapa diberikannya duit RM 1 sahaja sedangkan ada kawannya mendapat RM 2.

“Ustaz, bakpo saya dapat seringgit jah, dia dapat dua ringgit? Tak aci ni…”.

Tersenyum ayah. Kata ayah pada saya “sebenarnya ayah hanyo wi duit rayo RM 2 hanya pada sore pelajar jah dale kelas tuh yang betul-betul jurus (baik akhlaknya)”.

Motif ayah supaya anak itu berfikir sendiri kenapa dia mendapat RM 1 sedangkan kawannya mendapat RM 2. Pasti ada bezanya selain beza pada nilai wang itu sendiri. Orang yang berusaha lebih akan mendapat lebih.

Pernah juga pengalaman saya menyambut raya, juga di kampong di Kota Bharu, apabila datang seorang budak memberi salam dari luar.

“Assalamualaikum, assalamualaikuuuum…nak minta duit rayaaaa...!”

Ini gaya pun ada juga,bagi salam itu digalakkan, datang menziarah itu bagus tapi tak sempat naik ke rumah sudah melaung-laung meminta duit raya. Nak tergelak pun ada. Nasib baik budak-budak, tapi inilah gayanya kalau mereka salah tafsir apa itu hari raya.

Bila difikir-fikirkan panjang, agak susah bila pemberian duit raya sudah ditradisikan dalam masyarakat, sudah lari dari matlamat asal pemberian duit itu dan sudah disalahkan ertikan oleh anak-anak yang menerimanya. Ini membuatkan saya berfikir panjang sama ada saya ingin terikut sama dengan trend memberi dan mengagihkan duit raya pada anak-anak sedara mara dan anak-anak jiran tetangga sekiranya saya bekerja dan diberi rezeki lebih. Memang benar tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Tapi kalau begini gayanya...berfikir lagi saya.

Atau mungkin saya memperkenalkan gaya baru menggantikan pemberian berupa wang kepada benda-benda lain seumpama buku atau memberikan sumbangan hanya pada mereka berhak dan layak mendapatkannya. Atau mungkin duit raya ini hanya layak untuk diberikan pada anak-anak yang berpuasa atau tidak diberikan lansung. Terpulang. Doa kita bersama agar apa yang kita lakukan tidak membawa kesan yang buruk pada anak-anak kita dan moga-moga mereka mendapat manfaatnya dan agar mereka tidak tersalah 'digest value’ pada sesuatu. Anak-anak adalah cahaya mata yang amat berharga. Didiklah mereka dengan hati-hati.

Penulis: Gaya penulisan ini adalah merujuk pendapat peribadi penulis dalam meng'digest'kan gaya 'environment' penulis sendiri dan ia lebih merujuk pada anak-anak kecil. Anak-anak besar yang dapat duit raya jugak tu lain cerita pula.Begitulah.

29 September 2009

Di Sekitar 'IdilFitri 1430H

Di pagi raya

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Laa ilaaha ill-Allah, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu akbar, wa Lillahi’l-hamd


Alhamdullillah, Ya Allah, for allowing me to taste the blessings of Syawal again for this 1430H…
The sound of Takbir, glorifying our Lord always brings tears to my eyes and peace to my heart, grateful to Allah for the countless blessings and guidance to me. Giving me an opportunity to gain all ‘nikmat’ in Ramadhan. SubhanAllah.

‘Taqaballahu minna wa minkum’ (may Allah accept our deeds from you and us).
Hakikatnya Raya kali ini sudah berakhir, tetapi ingin jua saya mengambil peluang di sini untuk mencoret sesuatu kerna sebelum ini saya tidak berpeluang untuk mencatit sesuatu di laman ini sebelum pulang beraya.

Raya Bertaqwa

Saya sentiasa mengharapkan raya yang disambut adalah raya yang bertaqwa. Benar-benar memahami maksud sebenar IdilFitri itu sendiri. Bukan sekadar beraya atas semangat raya kerna melihat orang lain beraya. Tetapi berayanya kita atas semangat meraikan kemenangan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Agar lahirnya kita selepas Ramadhan itu adalah manusia yang ‘bersih’ dari segala dosa dan noda. Agar kita mendapat kekuatan baru untuk meneruskan kehidupan pada sebelas bulan yang mendatang. Itulah doa kita dan harapan kita. Moga-moga hidup ini sentiasa dipandu cahaya iman yang hakiki.

Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadat kita sebagaimana kata seorang pujangga yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar dalam buku al-Ishabah:

Wahai hamba Allah, bulan apakah yang telah menguasai kita?
Kalau kita benar-benar berfikir, kita akan menangis berlinang air mata darah
Bagaimana kita tidak menangisi bulan yang telah berlalu, sedang kita melalaikannya?
Kita pun tidak tahu, apakah amalan kita ditolak atau diterima?

Mudah-mudahan kita tidak terikut-ikut dengan situasi di tempat kita, raya diperbesar-besarkan, puasa ntah diterima atau tidak. Nauzubillah. Seandainya raya seharusnya 30hari, dicelah manakah ruang untuk berpuasa 6. Sedangkan fadhilat puasa 6 itu cukup besar bagi orang-orang yang menghargai sifat pemurahnya Allah pada hamba-hambanya.

Semoga bertemu kembali!

Mudah-mudahan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk bertemu Ramadhan yang ke seterusnya. Bagaikan sang kekasih yang merindui kekasih hatinya.

01 September 2009

Orang-orang yang akan menyesal

Ibnul Muqaffa berkata, “Lima kelompok orang yang akan menyesal; orang yang kehilangan kesempatan beramal, orang yang terputus dari saudara-saudaranya saat tertimpa musibah, orang yang berhasil menangkap musuh tetapi lepas kembali kerana penjagaannya yang lemah, orang yang meninggalkan isteri solehah jika diuji dengan wanita yang buruk akhlak, dan orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya.”

Mengingatkan kata-kata Ibnul Muqaffa ini, saya teramat takut seandainya saya tergolong di dalam 5 golongan yang menyesal itu iaitu orang yang kehilangan kesempatan beramal!

Hari ini adalah hari ke-10 Ramadhan, malam ini adalah malam ke-11 Ramadhan, sudah menjengah masuk ke fasa ke-2 Ramadhan dan melepasi fasa pertama. Fasa pertama Allah s.w.t menjanjikan RahmatNya…sudahkah kita berjaya mendapat RahmatNya @ masih tidak ada perubahan?

Sudahkah saya menggunakan sepenuh kesempatan di bulan barakah ini dengan sebaiknya? Masih kelu lidah ini untuk menjawab walau di sudut hati.

Saya tidak pasti sejauhmanakah target yang saya letakkan di bulan yang penuh Rahmat Allah ini tercapai? Sekali lagi saya kebingungan. Tiada jawapan walau di sudut hati.

Air mata ini mudah benar mengalir. Biarkan. Sebak. Mengenangkan amal yang kurang. Dosa yang bertimbun. Amanah tersedia ada di tambah amanah yang baru diterima. Binggung. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui hati ini. Moga diberi kekuatan. Moga dipermudahkan segala urusan. Moga diterima amalan. Moga diberikan kesabaran.

Di mata saya saat solat sunat tarawih malam tadi, terbayang-bayang Ramadhan akan pergi jua meninggalkan…saya teramat takut. Atau saya yang akan pergi meninggalkan di tengah-tengah kehangatan Ramadhan? Wallahuallam…Mudah-mudahan Allah memberi yang terbaik.

Masih ada 20 hari lagi Ramadhan, berusahalah…seandainya perlu pecut ke gear 5, pecutlah…asalkan tidak menyesal kemudian hari. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita. Sebaik-baik amalan adalah amalan yang ikhlas hanya kepada-Nya.

18 Ramadhan nanti genap lagi umur saya. Amal…bagaimana? Amanah… tak tertanggung, bagaimana? Sekali lagi persoalan ini timbul setelah 23 tahun berpenghuni di bumi Nya tanpa apa-apa bayaran. Hanya diri ini sahaja yang mampu menjawabnya.

Mudah-mudahan tulisan ini menyedarkan diri saya terutamanya dan yang lain. Kesemuanya mengingatkanku ke arah kematian. Janji sebuah pertemuan dengan Rabb yang teramat mustahil untuk dimungkiri!


Penulis: Penulis sejak akhir-akhir ini pelik, ramai betul yang ucap ‘tahniah’. Sepatutnya ‘takziah’…penulis benar-benar pelik. Tapi ayah lain pula katanya setelah aku smsnya…nasihat beliau melalui smsnya “Pandai bagi masa. Banyakkan sabar. Moga Berjaya”. Walaupun ringkas, tapi tepat dengan situasiku. Kerna beliau tahu perasaan anaknya. Terima kasih ayah. Satu-satunya lelaki dalam hidupku setelah tok wan telah pergi. Kuna a.k.a cek nab cantik +fisya+angeline…terima kasih jua.

21 August 2009

Indahnya Pertemuan!

Pertemuan dengan sang kekasih. Pertemuan yang dinanti-nantikan dan penuh persiapan untuk menyambutnya. Kini, kita masih diberi peluang untuk bertemu dengannya.

Riwayatkan dari Abu Hurairah ra; ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bila datang malam pertama Ramadhan, maka setan-setan dan jin-jin dipenjara, pintu-pintu neraka ditutup sehingga tidak satu pun terbuka, pintu-pintu syurga dibuka sehingga tidak ada satu pun yang tertutup, dan para penyeru (malaikat) memanggil ‘wahai para pemburu kebaikan! Sambutlah (kedatangan Ramadhan).’ ‘Hai para pendurhaka! Kurangilah perbuatan maksiat’. Allah S.W.T membebaskan (orang-orang beriman) dari pedihnya siksa neraka, dan hal itu berlangsung setiap malam” (HR. Imam Tirmidzi).

Seakan-akan Allah berkata kepada hamba-Nya,

“Sesungguhnya alasan utama kalian lari dari ketaatan adalah kerana bujuk rayu setan. Kini, aku telah membelenggu mereka di bulan Ramadhan. Jadi tidak ada lagi alasan untuk membangkang kecuali kerana bisikan dirimu sendiri. Perangilah ia!"

Hasan al-Basri berkata,
“Allah telah menjadikan Ramadhan sebagai arena pertandingan makhluk-makhluk-Nya. Mereka berlumba dengan ketaatan demi meraih Redha-Nya. Sebahagian berhasil dan keluar sebagai pemenang, namun sebahagian lagi meninggalkan ketaatan itu dan mereka pun mendapat kerugian. Sungguh menghairankan orang yang tertawa dengan kelalaian pada hari ketika kemenangan hanya bagi mereka yang berbuat baik dan kerugian bagi orang-orang yang durhaka”.
Allah berfirman;

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabb-mu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (Al-Imran [3]: 133)

Kata pujangga juga;

Ramadhan telah datang
Maka datanglah seluruh kebaikan
Tilawah al-Quran dengan tartil
Lantunan zikir, tahmid, dan tasbih
Jiwa pun terasah dalam berkata dan berbuat
Puasa di siang harinya dan tarawih di malam harinya.
Indahnya pertemuan ini. Kerinduan di hati terubat kembali.Kuingat engkau dengan Rahmat, Maghfirah, dan Keampunan dari Allah. Ya, kami sentiasa mengingatimu. Menanti kedatanganmu setelah berpisah setahun yang lalu.

Moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang lebih baik. Menginsafi kekhilafan lalu, kelemahan, kekurangan dan banyak kebaikan yang kami lewatkan begitu sahaja.

Dulu…berapa banyak kebaikan dalam Ramadhan hilang begitu saja. Sia-sia bersama umpatan yang tidak pernah surut, mengadu domba, pandangan yang penuh tipuan, hati yang tidak ikhlas.

Dulu…berapa banyak kebaikan solat malam hilang bersama nyenyaknya tidur, lalainya diri.
Berapa banyaknya juga kebaikan al-Quran telah hilang bersama kemalasan dan keculasan untuk bersamanya dan mentaddaburkannya. Kebaikan-kebaikan lain hilang begitu sahaja.

Semua itu kami ingat Ya Allah bersama tetes air mata penyesalan saat kami berpisah dengan Ramadhan setahun yang lalu. Kami berjanji dan berazam bahwa Ramadhan kali ini akan berbuat yang lebih baik.

Kini…Ramadhan berada di pangkuan kami lagi buat kali yang seterusnya…kalau benar penyesalan yang lalu adalah hakiki, maka kali ini lah kami harus berusaha gigih selagi peluang masih ada. Alhamdulillah, syukur Ya Allah kami masih diberi peluang!

Sumber: Indahnya Ramadhan di Rumah Kita karangan Dr. Akram Ridha.

Penulis: Indahnya Ramadhan di alam kampus...gelombang Ramadhan sudah kelihatan malam ini..Aku gembira. Tapi masih teringat suasana di rumah.

13 August 2009

Selesema daripada babi...TEGURAN daripada Allah.


Salasilahnya babi yang selesema…babi yang mengidap Upper Respiratory Tract Disorders (URTI). Sesuai dengan diri babi itu sendiri, pembawa penyakit. Dulu JE. SARs pun ada. Babi la yang tak puas hati dengan manusia, dia kata manusia itu patut yang kena penyakit, sebab manusia la yang banyak membuat kerosakan di bumi. Kenapa dia pula yang dikeji, dikutuk, sehingga ada manusia jijik nak sebut B A B I, kadang-kadang ganti nama babi dengan khinzir, bunyi tak lah jijik sangat, nak sebut pun selesa, ada juga yang sengaja membunyikan BAB sahaja bila nak sebut babi…hilang vocal 'I'.

Tapi ada juga manusia yang baik hati, tak mengaku itu babi punya selesema, disebutnya H1N1, habis semua sebut H1N1, hilang terus nama babi. Apa nak jijik,apa nak keji, memang itu namanya, mesti babi marah kalau babi tahu manusia ni sifatnya suka tukar-tukar namanya.

Berbalik cerita kita pasal babi cemburu tadi. Betul. Tak tipu. Memang babi cemburu kat manusia. Manusia yang banyak buat kerosakan di bumi ini, manusia yang tak bersyukur. Rosak sana. Rosak sini. Maksiat sana plus maksiat sini. Kutuk sana + kutuk sini. Rasuah merata-rata. Dah biasa pun. Makhluk lain yang kat bumi ni tak yah nak cerita la, sebab habis rosak kerana manusia. Sebab tu babi cemburu. Kenapa dia pula yang dikaitkan dengan segala penyakit yang berbahaya. Habis orang bertambah benci pada babi.

Nasib la babi, wujud di dunia ini untuk diuji sebegitu. Tapi tak pe babi tak menyalahkan kuasa Tuhan. Kerna babi dijadikan sebegitu pun, sebagai satu alat ujian buat manusia. Babi mengerti. Lantas babi tetap redho dan bersyukur. Tapi manusia tak macam tu, manusia angkuh, sombong walaupun mereka sebaik-baik ciptaan.

Satu sahaja kelebihan babi, babi terjaga daripada dimakan oleh manusia. Allah tak halalkan manusia untuk menyentuh babi dan kaum kerabatnya apatah lagi memakannya sehingga ke hari kiamat. Haram sama sekali manusia menyentuh babi dan menikmatinya. Amaran keras dari Allah. Manusia yang kafir tetap kafir, tak dihiraukan halal dan haram. Sehinggalah dibukakan pintu hati untuk memeluk Islam.

Satu sahaja, sampai hari ini babi pelik, kenapa manusia ni tak sedar-sedar. Manusia tak insaf-insaf. Angkuh. Kononnya dia la yang menguasai dunia. Bab kata P. Ramlee dunia ni ana yang punya (maaf tak elok disebut di sini nama orang yang dah tiada).

Sebenarnya babi yang seekor binatang yang jijik pun tahu, ini semua apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah angkara dan berpunca dari manusia. Lantas Allah nak TEGUR manusia. Tak tahu la berapa kerat yang tersentak. Ni semua teguran DIA, pemilik bumi ini malah seluruh semesta alam.

‘Point’nya ini adalah ujian, bala dan teguran Allah…bagi yang mahu berfikir. Allah maha pengasih dan sayang pada hambanya, Allah jadikan manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Tapi apa ‘khalifah’ ini sudah buat pada bumi. Lantas Allah ‘tegur’ manusia. Sebab Allah nak manusia sedar. Jangan lupa diri sangat, jangan angkuh dengan DIA,yang Maha Berkuasa.

Mari fikir. Mari renung sejenak. Kerana selesema babi, seluruh dunia tersentak. Hidup tidak seperti sebelum-sebelum ini lagi. Sudah tidak bebas. Kena kuarantin. Kena pakai ‘mask’ la pula kalau nak keluar. Tak boleh melancong, tak boleh seberang menyeberang sempadan. Huh…derita hidup ini. Ada ramai yang sudah meninggal. Ramai juga yang berada di hospital, sehingga ‘meriah’ hospital. Pening la pengamal-pengamal perubatan nak menangani dan menyekat wabak H1N1. Tapi malang nya sehingga hari ini masih tak terkawal. Pandemic. Hari demi hari yang meninggal. Dalam senyap ‘membunuh’. Cukup terseksa.

Yang tak kena wabak lagi, melurut dada. “Mujur aku punya immune system yang power, klu tak dengan aku pun sekali berjangkit”.

Huh, masih tak sedar-sedar lagi manusia ni…immune system tu sape yang bagi kalau bukan segala-galanya dari Allah. Kesihatan itu dari mana. Kun fayakun, kalau Allah kata sakit. Maka sakit la manusia. Manusia…manusia, begitulah manusia mudah pula.

Hakikatnya masih sihatnya seseorang itu pada masa gawat ini adalah kerna rahmatNya. Kalau tidak kerana kasih sayang Allah, manusia yang masih sihat turut terjangkit sama. Apa tidaknya…wabak sudah merebak, ia terawang-awangan di segenap udara yang manusia sedut. Bersyukurla kita, masih diberi kesihatan, kekuatan dan kebebasan untuk melaksanakan aktiviti harian dengan izinNya.

Seandainya, wabak ini terus merebak, ke mana lagi manusia harus tuju? Bumi sudah tidak selamat. Berpindah ke planet lain? Huh…nampaknya boleh la saintis yang kafir cuba kaji, planet mana yang sesuai untuk manusia duduki sebagai ‘backup’. Apa orang kata ‘everything must has back-up’. Kafir tetap kafir.

Sedar. Insaf. Ini baru satu ‘benda ‘ kecil, yang tak nampak dek mata kasar mahupun mata halus, kena guna mata microskop tahap cipan baru dapat tatap ‘ wajah pengkhianat’ itu. Tapi ‘effect’nya sungguh ‘memberangsangkan’. Ini belum Allah datang ujian dengan benda-benda seumpama diterbalikkan bumi sepertimana umat-umat terdahulu atau didatangkan banjir yang maha besar. Manusia…manusia di mana iman kamu?

Penulis: artikal ini tak lain tak bukan, penulis tujukan pada diri yang menulis ini sendiri, rasa tersentak, segala ujian datangnya dari Allah untuk menguji hambanya. Maaf daripada penulis kerana terpaksa menggunakan banyak kali perkataan babi dalam tulisan ini sekiranya ia menimbulkan kejijikan pada diri pembaca. Penulis hanya ingin mengembalikan nama itu pada badanya seekor haiwan ciptaan Allah iaitu BABI,memang itu namanya. Fullstop. Takziah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga kerana H1N1.

09 August 2009

Anda nak berehat?



Mengimbas kembali saat saya ‘ditugaskan’ di ward orthopedic tahun 2008, bertemu dengan seorang patient, accident with fracture, harus dirahsiakan namanya, lelaki, berusia awal 20-an, mungkin baru menamatkan pengajian. Nampak agak resah mungkin kerana anxiety related to procedure that need to be done and first experience in the ward. So my task to give him some education related to procedure need to be done to decrease his anxiety level.

Dalam berbual-bual saya bertanya “macam mane boleh accident?”. Jawabya “on the way, nak balik rumah masa kena tu, baru je ingat nak balik berehat” “Hmm…patut la accident sebab nak berehat, sekarang Allah dah bagi rehat sepenuhnya sekejap!

Tersipu-sipu senyum dia bila saya kata macam tu. “Dalam hidup ni, tak de masa untuk rehat sebenarnya…betul tak?. “masa rehat yang betul-betul boleh berehat ialah ada 3 je iaitu; masa sakit, masa dok dalam penjara, selepas mati”.

Terdiam dia bila saya kata macam tu. Terfikir lagi bila dikaitkan dengan kehidupan sendiri. Bagaimana pulak?

Bila difikir-fikirkan kembali pernah juga saya terfikir nak berehat, berehat-rehat dari tanggungjawab yang dipikul, berehat-rehat dari belajar bila mana time rasa exhausted sangat-sangat. Tapi tak boleh masalahnya. Terus istighfar. Tak sempat masa untuk berehat.

Tidur pun bukan dinamakan rehat sebenarnya, masa tidur, hanya jasad sahaja yang berehat, minda tak berehat, mungkin kita bermimpi macam-macam, mungkin pada saat itu otak kita mencernakan apa yang dipelajari di siang hari. Jiwa kita merawang-rawang sehinggalah ia dipanggil kembali saat bangkit dari tidur. Alhamdullillah bersyukur kita apabila dapat bangkit kembali selepas itu.

Cuba fikir, ada ke masa-masa kita boleh rehat dari berbuat sesuatu, sedangkan di kepala banyak amanah yang dipikul yang bakal dipersoal kembali di akhirat. Al-Quran (tambahan pula bagi yang hamlatul), pelajaran+assignments, mak ayah, adik-beradik, sedara-mara, , kerja-kerja sosial, sahabat, adik-adik mentee, dakwah fardiyyah, …..dan seterus-seterusnya. Apatah lagi jika diberi amanah sebagai pemimpin.

Ya Allah. Hati merenung. Berfikir. Hari demi hari berlalu. Dunia terus berputar. Tanpa menoleh walau sedetik. Aku masih disini. Tiada perubahan. Satu kerugian yang nyata. Bila mahu bangkit? Kita sudah tidak punya masa. Ayuh!. Mahu ke mana? Ke mana lagi kalau bukan ke akhirat? Aku belum bersedia untuk mati. Bukankah segala apa yang dilakukan sepanjang masa adalah persediaan untuk hadapi akhirat? Benarkah begitu? Aku mahu berjaya, aku belum puas lagi. Bukankah setiap kejayaan kamu, adalah kejayaan untuk Islam jua?

Tuntasnya, anda nak rehat lagi? Tiada tempat untuk itu. Banyak kerja sedang menunggu. Khalifah di bumi harus sedar tanggungjawab memakmurkan bumi. Tanggungjawab mengembalikan kegemilangan Islam terpikul di bahu-bahu kita walau pada apa bidang yang dimahirkan. Nurses, doctors, pharmacist….dan seterus-seterusnya. Meletakkan target yang tertinggi itu yang terbaik, kejayaan itu bukan buat kita, tapi buat Islam. Biar kita mati dalam aman. Setidak-tidaknya kita telah berusaha bekerja demi agama.


Penulis: Setelah direhatkan seminggu kerana wabak influenza…sesi kuliah bermula kembali. Bermalas-malasan masih ada. Tapi harus sedar, saya sudah tidak punya masa untuk bermalas-malasan. Masa tidak akan menunggu bilakah waktu kita bersedia untuk ‘bergerak’. Masa akan terus berlalu, dan tidak akan menunggu!

03 August 2009

U-TURN Ke Jalan Lurus


Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang daripada kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedil beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.

“Encik…anak encik terpaksa dibuang sekolah kerana masalah disiplin yang amat serius”, ujar guru disiplin di dalam bilik kaunseling yang sunyi, tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan. Kemudiaan dari itu ia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.

Tiada rayuan dibuat, anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah tahfiz al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hingar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!

Pada hari anak dihantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.

Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran, tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.

Sehinggalah lapan bulan berlalu, ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang ustaz datang padanya dan meminta agar dia bertemu dengan anaknya.

“Encik…silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya…” Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
“Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia di sini dan saya akan terus membayar yuran yang telah ditetapkan.”
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara.

“Tapi…tidakkah hari ini encik tidak ingin berjumpa dengan seorang al-hafiz?” bisik ustaz ke telinganya.
“Hari ini, anak encik telah hafaz seluruh al-Quran. Dia telah khatam hafazannya dalam tempoh lapan bulan!” Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar dengan kehairanan.
“Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?” Tanya ustaz mengakhiri bicara.

Dia tergaman dan terus terdiam. Dia tidak percaya pada apa yang didengari. Dia tidak sangka dan tertanya-tanya adakah dia berhak merasai keajaiban ini.

Saat itu anaknya melangkah masuk berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak. Tanpa disedari, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya sendiri, seorang al-hafiz dengan cahaya al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.

Manakala si anak, sejak ditinggalkan ayahnya di situ lapan bulan yang lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah mengurniakannya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Kisah di atas di petik dan di edit daripada buku U-TURN ke jalan lurus oleh Zul Ramli Mohamed Razali.

Kisah benar ini memberi mesej kepada kita bahawa semua orang boleh berubah. Tiada yang mustahil. Benar.

Biarpun apa sejarah lampau kita, itu bukan penentu pengakhiran hidup ini. Selagi diberi nafas dan kesempatan, selagi itu kita wajib mencuba untuk berubah ke arah kebaikan. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib (keadaan) sesuatu kaum itu, sehinggalah kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”-(Surah al-Ra'd:11).

Apa yang penting, berani untuk memulakan langkah yang pertama ke arah kebaikan. InsyaAllah, pada langkah yang seterusnya pasti dibantu oleh Allah. Kesukaran paling besar adalah ketika ingin memulakannya. Bak kata Ann Landers “Nobody gets to live life backward. Look ahead, that is where your future lies.”
Walau bagaimanapun dalam keghairahan melakukan kebaikan dan mengejar kejayaan, sekiranya tersasar dan terlencong, segeralah cari jalan pulang dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan, bimbang kita tidak sampai ke destinasi yakni Redho Ilahi. Maka berhati-hati lah, kerana hidup ini sememangnya sebuah perjalanan. Moga kita sentiasa di jalan yang LURUS dan diberi HIDAYAH.

27 July 2009

We are Muslim Nurse!


This is the theme of motivational camp that has been organized by Dakwah & Tarbiyyah Bureau, Nursing Students Society, IIUM on 24 & 25 July 2009.

Cabaran untuk menjadi seorang Staffnurse adalah cukup besar apatah lagi sebagai seorang Muslim Nurse. Saya sudah Nampak jalannya tapi saya tidak pasti samaada jalan itu baik buat saya ataupun tidak, saya berserah padaNya, mudah-mudahan jalan yang dipilih ini mampu menolong saya menyumbang kepada Islam. Erti hidup pada membantu agamaNya.

Dalam motivational camp ini, saya diamanahkan untuk ‘handle’ beberapa slot atau modul dalam kumpulan. Salah satu modulnya ialah para peserta dikehendaki menulis perancangan atau perjalanan hidupnya dalam jangka masa tertentu dalam bidang Nursing. Saya memberi masa yang agak lama untuk mereka berfikir dan menulis perancangan mereka (bagi saya ia tidak perlu kepada masa yang panjang seandainya semua planning itu sudah diteliti dan difikir-fikirkan sebelumnya).

Suka saya mendengar segala perancangan mereka, rata-rata meletakkan target untuk melepasi sempadan PhD dalam bidang Nursing. Saya cukup bangga dengan mereka walaupun baru sahaja mengenali dunia Nursing, tapi sudah meletakkan target yang begitu tinggi.

Nursing Industry amat membutuhkan jiwa yang benar-benar minat dan menghayati profession sebagai seorang nurse. Dalam apa bidang yang ingin didalami sekalipun, target seharusnya tinggi. Apa orang kata, buat betul biar betul-betul. Ramai orang berimpian tapi tidak ramai yang percaya pada impian mereka. Banyak impian dan target yang menjadi hambar dan tidak tercapai kerana tidak betul-betul berusaha. Akhirnya sekadar angan-angan yang dibawa angin pergi.

Saya merasakan ada suatu kekurangan di situ setelah mendengar setiap daripada mereka membentangkan ‘planning’ masing-masing. Di mana letaknya Islam kita dalam impian yang kita garap as A MUSLIM NURSE, adakah perancangan sebagai muslim adalah bersifat sampingan sehingga dikesampingkan dalam perancangan kita menuju masa depan?. Sehingga tidak perlu untuk dinyatakan. Saya berhusno zon…tidak semua perancangan harus dikongsi bersama. Dan tidak mustahil perancangan itu akan berubah dan tak seperti yang diimpikan kerana Allah Maha Mengetahui. Kita merancang, Dia juga merancang. Dialah sebaik-baik perancang.

Kita boleh mengejar cita-cita, mengejar gaji besar, mengejar pangkat, mengejar ‘title’ dalam bidang yang diceburi. Tapi apa yang kita dapat seandainya dilupakan tujuan sebenar hidup ini?
Hakikatnya, dalam perancangan hidup kita, dalam apa bidang yang diceburi, matlamatnya sama iaitu Islam untuk mencapai Redho Allah. Menjadi nurse yang beriman amat berbeza sentuhannya jika nak dibandingkan dengan yang sebaliknya. ‘Holistic care’ itu sudah cukup membuktikan sentuhan seorang nurse yang baik mampu membantu pesakit. ‘Approach’ yang digunakan itu pasti berbeza. Heal with love. Love itu ubat mujarab secara psikologinya mampu menyembuhkan pesakit.

Kita hidup untuk Islam. Tiada erti hidup ini tanpa Islam. Saya bermohon pada Allah, mudah-mudahan profession saya, karier saya mampu menyumbang untuk Islam. Menjadikan nursing sebagai medan dakwah.

Penulis: Saya harap sangat, suatu hari nanti, uniform misi akan berubah agak lebih cocok dengan Islam. Islamization of Nursing Industry. So, taklah kita terikut-ikut lagi dengan gaya barat. (saya rasa barat pun tak pakai macam tu dah sekarang, tak percaya tengok sendiri dalam tenet…lebih loose dari Negara kita ‘Negara Islam’.Itulah perangai suka sangat ikut orang, budaya orang anggap budaya sendiri. So sterotaip…semestinya ker baju SN kena ketat dan kena ada warna puteh…bukankah baju yang loose dan selesa lebih membantu untuk kita bergerak? Inilah salah satu target yang harus dicapai.

14 July 2009

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum!



Assalamualaikum.

Ahlan wasahlan to all 1st year students of Kulliyyah of Nursing. I am very overwhelmed to give all a warm welcome to this Kulliyyah. Salam ukhuwwah fillah abadan abada for all of you. Hoping that these 53 of students, the sixth batch will be able to be a good nurse as well as a good muslims.

For all my family members in Nursing IIUM

My dear…

Hope you are in the pink color of health,
Living lives as muslims to the fullest,
With Allah accompanying your way,
With His blessing fortified to you, along the way.

Hope al-Quran every moment in our heart,
Every second in our mind,
And all the time remains deep in our soul.

All the best for the new semester 2009/2010
Always strive for the best
Siiru ‘ala barakatillah.

Penulis: sorry tiada sebarang stok untuk gambar new batch..insyaAllah akan ada.

09 July 2009

PPSMI akhirnya dimansuhkan; tahniah buat pencinta bahasa




Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerna berani membuat keputusan yang bijak (setelah rakyat dan pejuang bahasa menunggu sekian lama) untuk memansuhkan dasar PPSMI.


“Dasar PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012”-Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin-HRKH

Perkara 1: Sebagai mahasiswa, saya menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran setelah menilai kembali pelaksanaan dasar tersebut di peringkat sekolah dan mengambil kira kajian yang telah dilaksanakan oleh pelbagai institusi.

Perkara 2: Suka saya nyatakan di sini, kerajaan seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang berlaku setelah pelaksanaan dasar PPSMI diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Dasar ini telah terbukti menjerumuskan rakyat terutama para pelajar kita ke lembah ‘penderaan dalam pembelajaran’, walaupun tidak semua merasakan ia adalah sesuatu ‘penderitaan’ dan ‘pencabulan’ terhadap bahasa kebangsaan kita.

Kerajaan yang memerintah seharusnya belajar daripada kesilapan yakni tidak akan sama sekali menggubal dasar sesuka hati dan menuntut rakyat mematuhinya walaupun ia sama sekali membebankan anak bangsa kita. Setiap dasar yang ingin digubal seharusnya di perhalusi di segenap peringkat dan penjuru.

Perkara 3: Saya juga amat berharap keputusan Menteri Pelajaran untuk menghadkan pengambilan hanya 10 mata pelajaran untuk calon-calon SPM dan 11 matapelajaran untuk calon-calon aliran sains agama serta mewajibkan calon-calon SPM untuk lulus BI sebagai syarat lulus peperiksaan diperhalusi dengan sebaik-baiknya. Tersalah langkah kerajaan dalam membuat keputusan dan menggubal sesuatu dasar, akan membinasakan anak bangsa kita sendiri dan kerajaan itu sendiri menjadi punca kelemahan anak-anak kita.

Perkara 4: Saya amat berharap keputusan yang diputuskan oleh Menteri Pelajaran pada hari ini adalah tidak ada kaitan atau bersangkut paut lansung dengan kempen pilihan raya Dun N41 Manek Urai untuk meraih undi rakyat. (jikalau benar hanya Allah sahaja yang mengetahui) dan mohon keputusan ini dibuat atas dasar kepentingan anak bangsa kita demi untuk tidak melihat anak-anak generasi kita akan datang mundur dan ketinggalan dari segi pendidikan.

Akhir kalam…tahniah yang paling bermakna buat Sasterawan Rakyat Datuk A.Samad Said, Negarawan Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan negarawan-negarawan yang lain dan pencinta bahasa kerna di atas usaha kalian memperjuangkan bahasa kebangsaan kita dan menyatakan suara rakyat.Dan suara kalian selama ini didengari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails