Di saat ini, Alhamdulillah saya sudah selesai menamatkan posting saya di Oncology Department; ward, radiotheraphy unit, day care oncology and clinic oncology di HUKM selama 2 minggu.
Berhadapan dengan ‘client with cancer’ seperti yang sudah saya gambarkan sesuai dengan apa yang diterangkan oleh lecturer di bilik kuliah. Itu sebabnya saya tidak ampuh untuk berimpian atau meminati bidang ini sebagai sasaran saya untuk pekerjaan dan pengajian yang seterusnya.
Tidak seperti sebahagian sahabat-sahabat saya yang begitu menunjukkan minat untuk ‘joint’ MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan lansung terus dalam specialist Oncology. Saya tidak ampuh untuk berhadapan dengan ‘cytotocix drugs’ dan keseriusan cancer.
‘Cancer cells’ mampu merebak dengan cepat dengan tidak terjangkauan. Yang pasti menjadi ketakutan pesakit-pesakit kanser. Ia boleh berlaku di mana sahaja di setiap bahagian organ manusia mahupun kulit, organ yang paling besar.
Lung cancer, cancer utama di kalangan lelaki, breast cancer, cancer yang paling ditakuti wanita dan paling utama di kalangan wanita, manakala colon cancer; seimbang dikalangan wanita dan lelaki. Cancer bukan suatu yang boleh dibuat main-main, atau kadangkala amat sukar untuk dikesan sehingga sudah melewati stage III dan IV dan sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.
Treatment utama untuk cancer adalah Radiotherapy, Chemotherapy dan Surgery mengikut stage dan jenis cancer. Tetapi sudah tentu treatment ini, kosnya agak tinggi. Jangan terkejut seandainya saya katakan bahawa 1 cycle rawatan chemotherapy, ‘cytotoxic drug’ boleh mencecah seribu lebih, seandainya patient perlu kepada 12 cycle chemotherapy disamping rawatan Radiotherapy, berapa yang perlu dibelanjakan?
Buat yang ‘loaded’ atau sememangnya kaya atau yang berkerja kerajaan ini tidak menjadi masalah kepada mereka. Ini tidak termasuk lagi treatment seandainya cancer itu berulang kembali (recurrent cancer) atau merebak ke organ-organ lain (metastasis). Cell ini sememangnya cancer dan ia sangat ‘jahat’.
Berhadapan dengan pesakit cancer yang menjalani treatment chemotherapy atau radiotherapy amat mencabar perasaan saya. Apa yang harus lansung saya jawabkan, bila saya ditanya seorang ‘patient with breast cancer’, kenapa ia masih terus merebak sedangkan saya sudah menjalani treatment?, adakah ia boleh sembuh? Kenapa begitu cepat sekali ia merebak? Teramat sukar buat saya untuk meneruskan dialog saya dengannya.
Memangnya senang untuk mengatakan ‘bersabarlah mak cik, ini sudah suratan takdir, kita hanya mampu untuk berusaha sedaya mampu’…betapa berat mulut saya untuk mengatakan itu, kerna saya pun tidak punya jawapan atau sekadar membalas untuk menyedapkan perasaan gundah mak cik tersebut.
Sememangnya itu jawapan terbaik, kerna segala yang berlaku suratan takdir, kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar. Tapi saya bukan di tempat mereka yang menanggung kesakitan, bukan sekadar kesakitan disebabkan cancer bahkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa dan selepas menjalani chemotherapy and radiotherapy.
Kadangkala bagi patient bukan Islam, mati adalah lebih baik buat mereka setelah sudah tidak mampu lagi berbuat apa-apa, tetapi pandai pula seorang pesakit berbangsa Cina menjawab pada saya “Macam mana mau mati…jam tidak cukup lagi”.
Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya berhadapan dengan cancer patient. Semua ini memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga. Hakikatnya hidup ini sementara, sampai saatnya Allah akan mengembalikan kita ke alam akhirat jua.
No comments:
Post a Comment
Comment Here