Sejenak bersama teman-teman SPM Batch 2004 AMAL pada Reunion Real-B4 Season II, cukup mengubat rinduku pada bumi Maahad. Enam tahun sudah berlalu. Masa begitu cepat bergerak. Masing-masing dengan haluan hidup yang dipilih. Walau bagaimanapun, benar kata di atas…..gi kok mano pun kito tetap samo…..kita adalah mantan anak-anak tarbiyyah Maahad pada suatu ketika dahulu. Pergi menjelajah ke bumi manapun, menapak dimanapun, nama Maahad takkan kita letak ketepi. Kerana kita adalah produk maahad itu, yang sewajarnya berbeda.
Benar kata YB Mumtaz yang turut hadir pada majlis tersebut. Ke mana sahaja kita pergi, kita adalah pelajar Maahad, yang perlu sentiasa pikul tugas dakwah dalam apa-apa Jabatan atau profession yang diceburi. Begitu juga seruan YB Mumtaz supaya kita tidak telalu berkira untuk kembali menyumbang sesuatu kepada sekolah, moga-moga Maahad akan sentiasa tetap Unggul dalam melahirkan Mukmin yang serba boleh dan luar biasa!
2 tahun lagi kita akan bertemu pada Reunion yang akan datang. InsyaAllah. Wa ila liqo ma’a ssalaamah. Siiru ‘ala barakatillah. Amin.
No comments:
Post a Comment
Comment Here