31 December 2010

Menjelang 2011....

Menjelang 2011…..apa yang difikirkan.

1) AZAM
Semua orang mempunyai ‘tendency’ untuk memperbaharui azam atau menetapkan azam baru menjelang tahun baru Islam dan tahun baru Masihi. Kemudian berusaha untuk mencapainya dan merealisasikannya. Tercapai atau tidak itu perkara kedua, yang penting adalah usaha dan tidak gentar pada cabaran.

2) UMUR MENINGKAT SETAPAK LAGI

Lagi…sudah tentu umur bakal meningkat setapak lagi, menginjak ke usia tua. Dan ia tidak pernah menunggu atau berpaling buat kali kedua. Itu sudah sunnatullah, kita hanya boleh memandang dan menuju ke hadapan, tidak sama sekali ke belakang. Tidak ada lansung istilah ‘reverse’ semudah kereta.


3) BUDGET & SAVING
Setiap masa kena ‘budget’…’cut’ sana ‘cut’ sini….dengan harapan ‘at least’ dapat menabung untuk masa depan, bayar takaful, tidak bebankan ‘parent’ (kalau masih belum bekerja), bayar ansuran, masuk tabung haji supaya dapat cepat naik haji.

4) TRAVELLING
Ini pun kena ada juga….’travel’ ke mana-mana sahaja yang mampu untuk melihat dunia sekililing, luaskan pemandangan, rancakkan pemikiran, janakan idea, sebarkan ‘travelog’. Moga-moga bermanfaat untuk ummah.

5) PENGAJIAN
Itulah…yang masih belajar lagi, pengajian harus diteruskan dengan jaya dan cemerlangnya. Dengan target dan sasarannya. Atau yang bakal menyambung kembali pengajian. Mudah-mudahan dipermudahkan jalan oleh Allah dalam perjuangan menuntut ilmu ini.

6) PEKERJAAN

Lagi pekerjaan…tahniah buat yang sudah bekerja dan mendapat sumber yang halal kerna dimurahkan rezeki oleh Allah dan yang bakal ‘graduate’, mudah-mudahan mendapat pekerjaan yang baik dan berkat di tahun 2011.

Selamatlah semua buat kalian dan saya menjelang 2011. Mudah-mudahan semakin menuju ke hadapan, semakin matang kita, semakin banyak amalan, semakin ikhlas hati kita, semakin bersyukurnya kita atas NIKMAT ALLAH yang tak terhingga dan semakin bersedianya kita untuk menemui kematian….WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH!. Kalian dan saya menuju titik noktah di kehidupan dunia bertemu ILAHI

29 December 2010

.Sejarah.Kita. & .Kehidupan.

Sejarah, kita dan kehidupan

Bukan hak saya untuk memperdebatkan sama ada subjek sejarah di peringkat sekolah wajar atau tidak dijadikan subjek teras dan wajib lulus. Saya bukanlah bijak pandai atau ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK). Biarpun Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran telah mengumumkan keputusan untuk menjadikan subjek itu sebagai matapelajaran wajib lulus SPM sama seperti syarat lulus subjek Bahasa Malaysia yang bakal dilaksanakan pada 2013.

Bagi saya, sama ada subjek itu dijadikan subjek teras atau tidak, soalnya sama saja. Belajar itu bukan atas dasar keterpaksaan untuk lulus peperiksaan tetapi pendidikan itu biarpun dalam apa saja subjek sekalipun adalah buat kehidupan masa depan. Falsafah pendidikan adalah bukan untuk melahirkan individu yang sekadar lulus dengan zero penghayatan.
Tidak sedikit yang mengaitkan Sejarah dengan istilah bosan. Bosan dek terbeban kerna tepu dengan fakta, tarikh-tarikh penting, syarat-syarat dan pelbagai penjanjian dan tokoh-tokoh. Rasa keterbebanan itu atas faktor keterpaksaan demi semata-mata untuk lulus cemerlang dengan perhargaan A+ dalam peperiksaan.

Sejarah lebih daripada itu….pembelajaran dan pemahaman itu lebih daripada sekadar lulus peperiksaan.
Bukan menjadi hak saya untuk mempertikaikan sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan. Saya bukan cendekiawan lagi, atau bukan MPPK. Mungkin bukan buat tika dan saat ini.

Tapi siapa yang mampu menghalang saya seandainya saya mengatakan bahwa saya sedikit sebanyak tertipu dengan fakta-fakta sejarah di peringkat sekolah, dengan isi kandungan silibus yang perlu saya hadam bertahun-tahun di peringkat menengah.

Silibus sejarah itu harus diteliti oleh jiwa-jiwa yang cintakan sejarah, mencari kebenaran demi untuk sebuah penghayatan dan pengajaran. Jangan mudah terpedaya dengan sesuatu fakta sejarah tanpa kita mengoreksi dan memahami terlebih dahulu. Lantas, supaya kita tidak berpahut pada fakta yang sengaja diputarbelitkan.

Sejarah asas kepada pembentukan keperibadian individu dan negara.

Bagi Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara,
“sejarah adalah guru yang baik hati, kita banyak belajar darinya , kita memarahinya tapi kita juga menyayanginya. Dengan sejarah kita menangis dan insaf….juga memperjelaskan kepada kita siapa yang benar-benar berkuasa di alam raya ini….”

Lagi menurut Faisal Tehrani dalam bukunya ‘Karya Nan Indah’
“mencairkan semula sejarah yang beku…persuratan harus bertindak mencairkan sejarah yang telah dibekukan dan dikakukan oleh penjajah dan musuh Islam (barat). Bahagian sejarah yag dibenarkan dan disembunyikan harus dicungkil keluar semula, diakhiri dan dijanakan serta dijadikan tenaga untuk mendorong kita menerap semula kegemilangan masa hadapan”

Justeru itu…tiada sebab untuk kita menyapu tangan, memandang sebelah mata akan sejarah. Amatlah rugi seandainya itu diniatkan. Moga-moga kita tidak menggolongkan diri di kalangan mereka yang lupa sejarah, lupa pangkal dan hujung, kewujudan dan jatuh bangun perjuangan menegakkan agama, mempertahankan tanah air dan bangsa kita.
Penulis: Tulisan ini adalah idea peribadi penulis, tiada kaitan dengan siapa pun.

28 December 2010

....haruslah membaca!



Sesungguhnya orang yang berjiwa kerdil sering bercakap tentang perihal orang lain, manakala insan yang berjiwa besar pula akan lebih bercakap tentang idea. Untuk mendapatkan idea yang baru, tidak dapat tidak kita haruslah membaca. Membaca pula bukan lah seperti membaca seadanya, tetapi pembacaan kita perlulah mampu meransang dan menggerakkan minda untuk berijtihad dalam suasana yang dihadapi di hadapan mata
-rijal82-

23 December 2010

Hidup Berzikir


Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat ke 35 , maksudnya: "... dan orang2 lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, maka Allah SWT telah menyediakan bagi mereka semuanya, keampunan dan pahala yang besar".

Hebatnya kedudukan orang yang berzikir ini turut dinyatakan dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang berbunyi: "Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur akan nikmatKu".

Berdasarkan ayat ini seorang para ulama' yang terkemuka dari benua India, Mulla 'Ali al-Qari Muhaddith menjelaskan bahawa, ibadah yang paling utama untuk dilakukan selepas dari membaca Al-Quran dan mempelajari hadith, ialah berzikir.

Sabda Nabi SAW pula yang bermaksud: Firman Allah SWT yang bermaksud: "Aku sentiasa bersama hambaku apabila dia mengingatiKu dan selagi bibirnya menyebutKu". Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.

Dalam sebuah hadith sahih yang lain Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Tidaklah berhimpun sesuatu golongan itu untuk mengingati Allah melainkan Allah akan mengelilingi mereka dan rahmat meliputi mereka dan ketenangan turun kepada mereka dan disebut-sebut oleh Allah pada setiap yang ada disisiNya".

Umat Islam hendaklah menjadikan setiap kesempatan yang dilalui sebagai zikrulLah. Tetapi soalan yang timbul ialah bagaimana boleh berlaku begitu.

Al-Imam An-Nawawi ulamak pentahqiq mazhab Syafi'iy yang masyhur memperjelaskan dalam kitab al-Azkar, betapa mudahnya amalan zikir ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Beliau berkata bahawa segala tindak tanduk yang berasaskan kepada keimanan kepada Allah SAW merupakan zikir.

Jika difahami perkara ini maka bukan sahaja pertuturan itu mempunyai nilai zikir, malah tidur, bersembang, ziarah menziarahi juga termasuk dalam zikir.Penjelasan ini adalah berteraskan kepada hadith2 dan ayat2 al-Quran yang menunjukkan perkara tersebut.

Hal ini sekaligus menafikan tanggapan 'rigid' masyarakat bahawa zikir hanyalah terbatas dalam waktu2 ibadah khusus seperti selepas solat atau pada waktu2 tertentu yang lain sahaja.Al-Imam Al-Ghazaliy menyebut dalam Al-Ihya' - setiap episod yang dilalui dari pagi hingga ke malam hendaklah dipastikan menjadi ibadah kepada Allah SWT. Lantaran itu, agenda kehidupan itu mestilah bermula dengan hubungan yang langsung dengan Allah SWT.

Alangkah baiknya jika hari kita dimulakan dengan 2 rakaat tahajjud diikuti dengan 2 raka'at sunat taubat, hajat dan sebagainya dalam sepertiga malam dan sebelum solat subuh. Selesai solat subuh lebih kurang 3 jam selepas matahari terbit, janganlah melepaskan peluang untuk beribadah yang menjamin keselematan di alam barzaqh iaitu solat duha serta menunaikan keperluan keluarga atau saudara muslim yang lain.

Umat Islam yang bekerja akan menuju ke tempat kerja. Kerja merupakan peluang untuk beribadah kepada Allah SWT dengan syarat menepati syarat yang ditetapkan oleh Islam. Pada hari bekerja pula, waktu ini digunakan untuk bekerja dalam erti kata yang sebenarnya. Apakah kita sedar kita mendapat rezki yang tidak halal sekiranya mengabaikan tanggungjawab kerja dengan menghabiskan masa di kedai makan, berbual dgn kawan, berjalan di mall dan sebagainya yang akan di soal Allah SWT kelak?

Menjelang waktu zohor pula, seseorang hamba itu boleh meneruskan pekerjaannya sebaik tamat solat zohor. Pada hari yang tidak ke pejabat, sekiranya semua tanggungjawab terhadap isteri dan anak2 telah selesai maka di galakkan berehat atau qailulah iaitu tidur untuk membolehkannya Qiyamullail.

Apabila masuk waktu asar , tugasnya ialah bersolat seperti biasa kemudian berzikir dan berwirid, seterusnya beraktiviti berbentuk kekeluargaan bersama anak dan isteri menerusi aktiviti2 rekreasi, riadhah dan kreativiti. Di samping dapat meningkatkan kesihatannya ia juga merupakan waktu berkualiti yang berupaya untuk menjalin hubungan kekeluargaan cara yang paling effisien dan memupuk kemesraan keluarga.

Kedatangan waktu maghrib menandakan berakhirnya hari tersebut. Al-Hasan ra berkata: 'Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau itu ibarat hari2. Apabila berlalu sehari, bererti hilang sebahagian darimu dan hari2 ini apabila berlalu takkan kembali lagi. Engkau wajar menghitung hidupmu, adakah kau berjaya memperbaiki amalannya untuk bertemu Allah SWT? Jika kau berjaya menunaikan sebahagian kebaikan, maka hendaklah memuji Alah SWT yang telah memberi kepadamu taufiq untuk melakukannya. Jika sebaliknya, maka wajarlah bertaubat kepadaNya dan berazam untuk tidak beriltizam dengan maksiat itu'.

Maksiat itu hendaklah diimbangi dengan kebaikan kerana Allah SWT menyebut dalam firmanNya bermaksud: "Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan". Itulah yang menyebabkan ramai golongan salaf berusaha menutup hari mereka dengan sedeqah dengan harapan agar dilupuskan 'hutang' yang berlaku dalam sehari suntuk kehidupan.


Waktu antara maghrib dan Isya' hendaklah diisi dengan sebaiknya, samada untuk menghadiri majlis ilmu atau membaca Al-Quran atau bertasbih, berzikir dan solat sunat. Menurut sesetengah ulama', Allah SWT memuji para sahabat dengan sikap memelihara ibadah mereka pada waktu ini dan sepertiga malam dalam surah As-Sajadah ayat 16 yang bermaksud: "Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal2 soleh), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut akan kemurkaanNya serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredaanNya dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka".

Mengisi masa bersama anak2 samada membantu melakukan ulangkaji pelajaran atau mengadakan perjumpamaan kekeluargaan untuk berbincang tentang perkembangan ilmu terkini dalam format perbincangan juga merupakan inisiatif ibadah yang terpuji dan ia termasuk dalam konteks zikir yang diperluaskan.

Seterusnya selesai solat Isya', eloklah kiranya diisi dengan program Al-Quran seisi keluarga. Antara surah yang digalakkan untuk dibaca setiap malam adalah surah Al-Waqi'ah. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam sebuah hadith riwayat Ibn As-Sunniy dan Ibn Al-Jauziy yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam akan terselamat dari kepapaan".

Sebelum tidur, alangkah baiknya jika dikerjakan solat sunat witir sebagai penutup solat pada malam itu. Sekiranya dipilih oleh Allah swt untuk tersenarai bersama hambanya yang Qiyam, maka ia adalah nikmat dariNya.

Tidurlah dalam keadaan berwudhuk, suci dan dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.Mudah-mudahan kita beroleh kedudukan hamba yang taat kepada Allah SWT yang sentiasa mengingatinya dalam segenap waktu dan masa yang diberikan.

Dipetik daripada Ustaz Zahazan Mohamed Jabatan Bahasa Al-Quran UIAM untuk manfaat kita bersama. Wallahu'allam.

* Salina *


I don’t believe that I can finish up this novel until at the end of the story.

For a long time, I’ m eager to read this novel till I got the cheapest one in Koperasi HUKM with RM5 only. That one has been translated into English.

You all know, why I was really interested about this novel? It’s not because of the story, plot or it writer A. Samad Said, the one that I respect and proud as Sasterawan Negara.

It’s because I was so wonder why this novel has been discussed so many people and has been categorized has ‘karya agung’. It was one of ‘karya agung’ in Malaysia that has been translated……

The book gives me a deep understanding of Malay society during that time before Independent and at the end of World War II in Singapore and Malaya.

I’m honestly speaking, as ‘orang muda’ I’m not really falling in love with this novel. I’m just read to reduce my ignorance about ‘Salina’.

The author tried to explain about his sympathy for the oppressed classes and the unfortunate victims of fate at the end of war.

The leading character in this novel is Salina, who is actually on of two main characters, the other being the young girl Nahidah.

Salina is a prostitute who supports herself and her lover Abdul Fakar who is a dandy and unemployed parasite. She also supported Hilmy, a student and his mother who really sick.

Salina is a victim, become bad and being prostitute because of the force of circumstances. Same with Nahidah, has been forced to be a waitress by her own stepmother because of money.

That all I can summarize, the Malay folks situation during that time, far from Islamic teaching, influenced by time and circumstances.

"Salina, a significant book published in 1961 bring realism into Malaysian literature with its depiction of the squalid life of people living in a city, their poverty, low standard of living, the congestion and the underlying principles governing their behavior. Salina is not merely an ‘exposure’ of conditions or squalor and privation or what is termed ‘degenerate culture’ but it can also be regarded as an expression of their protest against social injustices."
-Prof Mohd. Taib.Osman, Dewan Bahasa 1974-

14 December 2010

Gi Kok Mano Kito Tetap Samo!


Gi Kok Mano Kito Tetap Samo!

Sejenak bersama teman-teman SPM Batch 2004 AMAL pada Reunion Real-B4 Season II, cukup mengubat rinduku pada bumi Maahad. Enam tahun sudah berlalu. Masa begitu cepat bergerak. Masing-masing dengan haluan hidup yang dipilih. Walau bagaimanapun, benar kata di atas…..gi kok mano pun kito tetap samo…..kita adalah mantan anak-anak tarbiyyah Maahad pada suatu ketika dahulu. Pergi menjelajah ke bumi manapun, menapak dimanapun, nama Maahad takkan kita letak ketepi. Kerana kita adalah produk maahad itu, yang sewajarnya berbeda.


Benar kata YB Mumtaz yang turut hadir pada majlis tersebut. Ke mana sahaja kita pergi, kita adalah pelajar Maahad, yang perlu sentiasa pikul tugas dakwah dalam apa-apa Jabatan atau profession yang diceburi. Begitu juga seruan YB Mumtaz supaya kita tidak telalu berkira untuk kembali menyumbang sesuatu kepada sekolah, moga-moga Maahad akan sentiasa tetap Unggul dalam melahirkan Mukmin yang serba boleh dan luar biasa!


2 tahun lagi kita akan bertemu pada Reunion yang akan datang. InsyaAllah. Wa ila liqo ma’a ssalaamah. Siiru ‘ala barakatillah. Amin.



07 December 2010

Salam Awal Muharam 1432H



SALAM MA'AL HIJRAH BUAT TEMAN-TEMANKU SEKALIAN
MAY ALLAH BLESS US HERE & HERE AFTER
Sincerely from;
ASYIKIN ABDUL RAZAK
HADAS NUSANTARA BELAH TIMUR


06 December 2010

Sekencang 'cancer cells' merebak.


Di saat ini, Alhamdulillah saya sudah selesai menamatkan posting saya di Oncology Department; ward, radiotheraphy unit, day care oncology and clinic oncology di HUKM selama 2 minggu.

Berhadapan dengan ‘client with cancer’ seperti yang sudah saya gambarkan sesuai dengan apa yang diterangkan oleh lecturer di bilik kuliah. Itu sebabnya saya tidak ampuh untuk berimpian atau meminati bidang ini sebagai sasaran saya untuk pekerjaan dan pengajian yang seterusnya.
Tidak seperti sebahagian sahabat-sahabat saya yang begitu menunjukkan minat untuk ‘joint’ MAKNA (Majlis Kanser Nasional) dan lansung terus dalam specialist Oncology. Saya tidak ampuh untuk berhadapan dengan ‘cytotocix drugs’ dan keseriusan cancer.

‘Cancer cells’ mampu merebak dengan cepat dengan tidak terjangkauan. Yang pasti menjadi ketakutan pesakit-pesakit kanser. Ia boleh berlaku di mana sahaja di setiap bahagian organ manusia mahupun kulit, organ yang paling besar.

Lung cancer, cancer utama di kalangan lelaki, breast cancer, cancer yang paling ditakuti wanita dan paling utama di kalangan wanita, manakala colon cancer; seimbang dikalangan wanita dan lelaki. Cancer bukan suatu yang boleh dibuat main-main, atau kadangkala amat sukar untuk dikesan sehingga sudah melewati stage III dan IV dan sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.


Treatment utama untuk cancer adalah Radiotherapy, Chemotherapy dan Surgery mengikut stage dan jenis cancer. Tetapi sudah tentu treatment ini, kosnya agak tinggi. Jangan terkejut seandainya saya katakan bahawa 1 cycle rawatan chemotherapy, ‘cytotoxic drug’ boleh mencecah seribu lebih, seandainya patient perlu kepada 12 cycle chemotherapy disamping rawatan Radiotherapy, berapa yang perlu dibelanjakan?

Buat yang ‘loaded’ atau sememangnya kaya atau yang berkerja kerajaan ini tidak menjadi masalah kepada mereka. Ini tidak termasuk lagi treatment seandainya cancer itu berulang kembali (recurrent cancer) atau merebak ke organ-organ lain (metastasis). Cell ini sememangnya cancer dan ia sangat ‘jahat’.

Berhadapan dengan pesakit cancer yang menjalani treatment chemotherapy atau radiotherapy amat mencabar perasaan saya. Apa yang harus lansung saya jawabkan, bila saya ditanya seorang ‘patient with breast cancer’, kenapa ia masih terus merebak sedangkan saya sudah menjalani treatment?, adakah ia boleh sembuh? Kenapa begitu cepat sekali ia merebak? Teramat sukar buat saya untuk meneruskan dialog saya dengannya.

Memangnya senang untuk mengatakan ‘bersabarlah mak cik, ini sudah suratan takdir, kita hanya mampu untuk berusaha sedaya mampu’…betapa berat mulut saya untuk mengatakan itu, kerna saya pun tidak punya jawapan atau sekadar membalas untuk menyedapkan perasaan gundah mak cik tersebut.

Sememangnya itu jawapan terbaik, kerna segala yang berlaku suratan takdir, kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar. Tapi saya bukan di tempat mereka yang menanggung kesakitan, bukan sekadar kesakitan disebabkan cancer bahkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa dan selepas menjalani chemotherapy and radiotherapy.
Kadangkala bagi patient bukan Islam, mati adalah lebih baik buat mereka setelah sudah tidak mampu lagi berbuat apa-apa, tetapi pandai pula seorang pesakit berbangsa Cina menjawab pada saya “Macam mana mau mati…jam tidak cukup lagi”.

Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya berhadapan dengan cancer patient. Semua ini memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga. Hakikatnya hidup ini sementara, sampai saatnya Allah akan mengembalikan kita ke alam akhirat jua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails