01 March 2010

Ajari Aku Cinta

Ajari Aku Cinta

Di suatu kelapangan masa yang ada, saya dan seorang sahabat melepak di sebuah kedai buku di Kuantan Parade demi mengisi masa lapang sebelum menyambung kembali kuliah selepas zohor nanti.

Biasanya kami hanya meninjau-ninjau buku-buku terbaru. Memang tidak terniat pun memiliki mana-mana buku memandangkan poket pun sekadar cukup untuk duit makan.

Saya tertarik dengan satu judul buku, tapi malangnya saya sudah lupa tajuk judulnya. Apa yang pasti ia berkaitan dengan cinta dan kekeluargaan atau dengan kata lain Baitul Muslim. Lantas saya menghulurkan buku tersebut kepada sahabat saya di sebelah dengan niat supaya beliau tertarik.

Tetapi apa responnya!

“Saya tak minat baca buku gini-gini….takde hati”

Huh…saya mengeluh, apa harus dibuat setiap individu punya minat tersendiri.

Kemudian saya terfikir, lalu saya berhujah dengannya memandangkan beliau seorang yang tidak kurang hebat dalam penghujahan.

“Kalau kita nak mahir dalam ilmu kepimpinan mesti kita kena baca buku pasal kepimpinan kan, supaya kita tidak kaku dalam kepimpinan…”

Saya sengaja mengeluarkan fakta untuk menarik perhatian beliau dalam pada beliau penuh minat meninjau-ninjau buku-buku yang lain.

“Hmm…kalau begitu sama juga dengan cinta dalam Islam dan buku berkenaan Baitul Muslim…kena baca juga lah buku-buku pasal ni supaya kita nanti tidak kaku saat berkeluarga, kan semua orang nak berkahwin dan berkeluarga”.

Tersenyum beliau pada saya…ntah setuju, ntah tidak…wallahuallam.

Membicarakan tentang Cinta

Di sana-sini ramai orang membicarakan tentang cinta, di dalam magazine, di dalam blog, facebook, emel dan sebagainya. Pasti di dalam blog dan facebook, penulisnya akan mendapat respond dan comment yang banyak.

Membicarakan soal cinta, sama banyaknya dengan membicarakan soal makan, soal minum, tidur dan sebagainya keperluan hidup yang lain. Kenapa tidaknya, cinta itu anugerah dan fitrah harus dimiliki manusia.

Cinta itu kasih dan sayang, dan pelbagai lagi tafsiran yang diberikan oleh penulis-penulis dan motivator dari seluruh pelosok dunia.

Ramai orang suka membicarakannya. Kerna manusia akan bahgia bila mendapatkannya. Apakan jadi seandainya manusia tidak cukup dos cintanya…pasti tidak siuman jadinya.

Siapa mampu mentakwilnya bilamana ramai yang memenuhi hospital-hospital dan wad sakit jiwa adalah mereka yang kurang kasih sayang, kurang perhatian daripada keluarga atau pasangan masing-masing.

Cinta, kasih dan sayang itu fitrah (saya ulangi), ia bersifat suci. Pabila ada cinta yang suci, pasti ada cinta terlarang dan kotor. Terpalitnya kekotoran itu pada suatu yang bersifat fitrah bila mana manusia cuba untuk mendapatkannya dengan cara yang salah dan terpedaya dengan tipu muslihat hawa nafsu dan syaitan.

Siapa yang jadi mangsa…manusia, cinta terlarang pembuka dan pemudah kepada segala kerosakan yang lain; penzinaan, anak haram, pembuangan bayi, pembunuhan kejam terhadap bayi dan kesekiannya.

Lantas semuanya menjadi haru-biru, kacau-bilau, rosak dan merosakkan…barangkali dunia sudah hampir kiamat…sudah tua bumi ini, sudah tidak mampu menanggung kerosakan kerja tangan manusia.

Kembali

Kembali kita kepada tajuk Cinta saya, Cinta itu hakikatnya Cinta pada Allah yang Maha Kuasa dan Cinta sesama manusia. Habluminallah dan Habluminnaas, sudah termaktud dalam Tasawuf Islam.

Bilamana manusia berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan, mereka tetap meletakkan Cinta kepada Allah ditempat yang paling tinggi, kedua-dua cinta itu adalah berbeza~Cinta kepada Allah adalah Cinta abadi , Cinta kepada manusia adalah Cinta fitrah. Sudah jelas saya fikir.

Walaubagaimanapun setiap daripada kita tidak akan terlepas di uji dengan perasaan yang membabitkan cinta fitrah. Andai kita berjaya mengatasi semua itu, maka Cinta abadi akan kita miliki sampai bila-bila sepanjang Cinta itu dipelihara baik dan dengan takwa.

Allah ada menjelaskan dalam surah Al-maidah; 54
“Dia mencintai mereka, dan mereka pun mencintai-Nya”

Allah mencintai manusia dan manusia pula mencintai Allah. Cinta itu akan memupuk, meluruskan, meluhurkan dan menumbuhkan mereka menjadi insan sempurna.

Ayuhlah kita mencintai sesama kita, juga mencintai Allah, kerana Allah mencintai kita sampaikan tidak pernah henti sepicing pun memerhatikan kita. Subhanallah.

Pernikahan itu adalah penyatuan Cinta


Berkata-kata soal Cinta di kalangan yang belum berumah-tangga, tidak boleh lari daripada soal nikah kahwin.

Pernikahan itu penyatuan Cinta,
Pernikahan itu adalah perkongsian hidup
Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama
Pernikahan adalah untuk saling melengkapi di antara keduanya (bukan mencari pasangan yang serba sempurna).

Tidak sewajarnya rumah tangga yang ingin dibina itu dipertaruhkan keberkatannya dengan dimulakan dengan pacaran dahulu atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian di antara keduanya.

Apa yang ada, adalah Taaruf dan segala titik mula yang Maa’ruf. Supaya Baitul Muslim yang terbina itu terjamin keberkatannya dan diperteguhkan hati kedua-duanya dalam iman, dikurniakan kebahgiaan dan zuriat yang soleh dan solehah.

Cinta kedua-duanya bertaut dan diikat demi untuk mencapai Cinta Allah, Cinta yang kekal abadi. Mudah-mudahan penyatuan Cinta keduanya kekal selamanya dan didoakan oleh seluruhnya.

Apabila seseorang hamba itu berkahwin; sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka bertakwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki”.-Hadith-

5 comments:

  1. Salam syikin..
    Nice article about love. I am also in love.. with my hubby jerlah yer. Anyway. Nice to have a blogger nursing fren like yoiu. Always have great words to say. Seronok dpt borak ngn syikin kat cafe HTAA td..
    -kaklin baby..
    p/S; nanti leh salink link ya. kaklin letak link awak dah kat blog kaklin. Also folowed u my dear..
    Salam selamt berjuang and prepare yourself soon to be forth year..

    http://bizznurse.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. thanx k lin...nice jg dpt share idea dgn k lin...apa2 pn sy doakn k lin n u family k lin especially yg kt dalam tu...

    k lin doakn sy ek n kengkawan ek...dok dlm nursing mmg byk challenges nye...

    ReplyDelete
  3. macam ku kenal ja watak dalam cerita ni...

    uish..

    YA ALLAH..
    beri aku cinta!

    ReplyDelete
  4. heh...hamasyi sero ko...xde kaitan antara yg hidup dgn yg mati ek...he3...

    ReplyDelete

Comment Here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails