30 September 2009

Duit Raya tu patut atau tidak?



Pening kepala saya dibuatnya bila sepupu sepapak minta duit raya saat pulang ke Bandar Kota Bharu, di rumah nenek. Itu nasib baik belum ada anak saudara lagi.

“K ngah nak duit raya” beginilah gayanya sepupu-sepupu yang kecil-kecil ‘respond’ saat bertemu di hari raya. Bagi mereka, apabila kita salam terus boleh minta duit raya.

“Manalah k ngah ada duit…keja pun tarak lagi”.

Begitulah respondku tiga tahun kebelakangan ini. Dalam hati, saya merungut ‘celah mana la aku nak korek kocek nak bagi duit raya’. Mungkin mereka fikir menjauhnya saya daripada bumi Kelantan adalah mencari rezeki. Sedangkan menjauhnya saya sejak 2005 adalah manuntut ilmu yang masih belum ‘graduate’ lagi.

Apabila berfikir panjang, trend memberi duit raya ini membimbangkanku. Tidak dinafikan asal-asal pemberian duit di hari raya adalah satu hadiah daripada seseorang kepada yang lain terutamanya kanak-kanak dan remaja yang masih belum berkahwin. Baik juga sama-sama menghulur bantuan berupa duit raya pada anak-anak daripada keluarga yang susah ataupun anak-anak yatim bagi meringankan beban keluarga mereka.

Tetapi malangnya sehingga di saat ini, trend memberi duit raya seolah-olah menjadi kewajipan ke atas mereka yang bekerja untuk diberikan pada anak-anak kecil terutamanya. Tidak sah hari raya itu jika tidak dihulurkan duit raya.



Sedar tidak sedar, masyarakat Islam dan Melayu telah membiasakan dan mengajar anak-anak kita dengan nilai-nilai yang boleh disalah tafsirkan oleh anak-anak kita. Pemberian duit raya membenarkan sedikit sebanyak unsur-unsur materialistik tumbuh di dalam jiwa mereka. Unsur-unsur materialistik ini meresap ke dalam jiwa mereka dari hari raya ke hari raya, dari tahun ke tahun sehingga terbentuknya ‘mind setting’ di jiwa mereka bahawa hari raya itu hari bergembira dan berseronok mengumpul duit raya.Menjauh daripada kefahaman hari raya yang sebenar. ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Memang benar ibu-bapa boleh mengatakan ‘seandainya orang nak bagi apa boleh buat', tetapi apa yang perlu di ‘take note’ oleh mereka adalah sejauh mana mereka membantu anak-anak mereka mengurus wang-wang hari raya yang ‘dipungut’ dan mendidik anak-anak untuk menabung. Ini adalah tanggungjawab ibu-bapa agar-agar anak-anak mensyukuri rezeki yang berupa wang yang diterima pada hari raya.

Sifat syukur itu penting untuk diterapkan. Seandainya dibiarkan, maka bolehlah kita mendengar rungutan anak-anak kecil yang sudah pandai merungut-rungut seumpama ini,
“alah…pak cik tu bagi seringgit je! Ingat boleh la dapat banyak sikit, nampak rumah besar…!”.

Satu lagi nilai ‘pendidikan’ kita beri pada anak-anak kita. Mau kah kita?
Ada juga ayah saya bercerita berkenaan kisah anak muridnya di sekolah (tetapi tidak pasti darjah berapa) apabila diberi duit raya. Seorang murid persoalkan kembali pada ayah kenapa diberikannya duit RM 1 sahaja sedangkan ada kawannya mendapat RM 2.

“Ustaz, bakpo saya dapat seringgit jah, dia dapat dua ringgit? Tak aci ni…”.

Tersenyum ayah. Kata ayah pada saya “sebenarnya ayah hanyo wi duit rayo RM 2 hanya pada sore pelajar jah dale kelas tuh yang betul-betul jurus (baik akhlaknya)”.

Motif ayah supaya anak itu berfikir sendiri kenapa dia mendapat RM 1 sedangkan kawannya mendapat RM 2. Pasti ada bezanya selain beza pada nilai wang itu sendiri. Orang yang berusaha lebih akan mendapat lebih.

Pernah juga pengalaman saya menyambut raya, juga di kampong di Kota Bharu, apabila datang seorang budak memberi salam dari luar.

“Assalamualaikum, assalamualaikuuuum…nak minta duit rayaaaa...!”

Ini gaya pun ada juga,bagi salam itu digalakkan, datang menziarah itu bagus tapi tak sempat naik ke rumah sudah melaung-laung meminta duit raya. Nak tergelak pun ada. Nasib baik budak-budak, tapi inilah gayanya kalau mereka salah tafsir apa itu hari raya.

Bila difikir-fikirkan panjang, agak susah bila pemberian duit raya sudah ditradisikan dalam masyarakat, sudah lari dari matlamat asal pemberian duit itu dan sudah disalahkan ertikan oleh anak-anak yang menerimanya. Ini membuatkan saya berfikir panjang sama ada saya ingin terikut sama dengan trend memberi dan mengagihkan duit raya pada anak-anak sedara mara dan anak-anak jiran tetangga sekiranya saya bekerja dan diberi rezeki lebih. Memang benar tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Tapi kalau begini gayanya...berfikir lagi saya.

Atau mungkin saya memperkenalkan gaya baru menggantikan pemberian berupa wang kepada benda-benda lain seumpama buku atau memberikan sumbangan hanya pada mereka berhak dan layak mendapatkannya. Atau mungkin duit raya ini hanya layak untuk diberikan pada anak-anak yang berpuasa atau tidak diberikan lansung. Terpulang. Doa kita bersama agar apa yang kita lakukan tidak membawa kesan yang buruk pada anak-anak kita dan moga-moga mereka mendapat manfaatnya dan agar mereka tidak tersalah 'digest value’ pada sesuatu. Anak-anak adalah cahaya mata yang amat berharga. Didiklah mereka dengan hati-hati.

Penulis: Gaya penulisan ini adalah merujuk pendapat peribadi penulis dalam meng'digest'kan gaya 'environment' penulis sendiri dan ia lebih merujuk pada anak-anak kecil. Anak-anak besar yang dapat duit raya jugak tu lain cerita pula.Begitulah.

29 September 2009

Di Sekitar 'IdilFitri 1430H

Di pagi raya

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar,
Laa ilaaha ill-Allah, Allahu akbar,
Allahu akbar, Allahu akbar, wa Lillahi’l-hamd


Alhamdullillah, Ya Allah, for allowing me to taste the blessings of Syawal again for this 1430H…
The sound of Takbir, glorifying our Lord always brings tears to my eyes and peace to my heart, grateful to Allah for the countless blessings and guidance to me. Giving me an opportunity to gain all ‘nikmat’ in Ramadhan. SubhanAllah.

‘Taqaballahu minna wa minkum’ (may Allah accept our deeds from you and us).
Hakikatnya Raya kali ini sudah berakhir, tetapi ingin jua saya mengambil peluang di sini untuk mencoret sesuatu kerna sebelum ini saya tidak berpeluang untuk mencatit sesuatu di laman ini sebelum pulang beraya.

Raya Bertaqwa

Saya sentiasa mengharapkan raya yang disambut adalah raya yang bertaqwa. Benar-benar memahami maksud sebenar IdilFitri itu sendiri. Bukan sekadar beraya atas semangat raya kerna melihat orang lain beraya. Tetapi berayanya kita atas semangat meraikan kemenangan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Agar lahirnya kita selepas Ramadhan itu adalah manusia yang ‘bersih’ dari segala dosa dan noda. Agar kita mendapat kekuatan baru untuk meneruskan kehidupan pada sebelas bulan yang mendatang. Itulah doa kita dan harapan kita. Moga-moga hidup ini sentiasa dipandu cahaya iman yang hakiki.

Mudah-mudahan Allah menerima amal ibadat kita sebagaimana kata seorang pujangga yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar dalam buku al-Ishabah:

Wahai hamba Allah, bulan apakah yang telah menguasai kita?
Kalau kita benar-benar berfikir, kita akan menangis berlinang air mata darah
Bagaimana kita tidak menangisi bulan yang telah berlalu, sedang kita melalaikannya?
Kita pun tidak tahu, apakah amalan kita ditolak atau diterima?

Mudah-mudahan kita tidak terikut-ikut dengan situasi di tempat kita, raya diperbesar-besarkan, puasa ntah diterima atau tidak. Nauzubillah. Seandainya raya seharusnya 30hari, dicelah manakah ruang untuk berpuasa 6. Sedangkan fadhilat puasa 6 itu cukup besar bagi orang-orang yang menghargai sifat pemurahnya Allah pada hamba-hambanya.

Semoga bertemu kembali!

Mudah-mudahan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk bertemu Ramadhan yang ke seterusnya. Bagaikan sang kekasih yang merindui kekasih hatinya.

01 September 2009

Orang-orang yang akan menyesal

Ibnul Muqaffa berkata, “Lima kelompok orang yang akan menyesal; orang yang kehilangan kesempatan beramal, orang yang terputus dari saudara-saudaranya saat tertimpa musibah, orang yang berhasil menangkap musuh tetapi lepas kembali kerana penjagaannya yang lemah, orang yang meninggalkan isteri solehah jika diuji dengan wanita yang buruk akhlak, dan orang yang terus bermaksiat sehingga ajal menjemputnya.”

Mengingatkan kata-kata Ibnul Muqaffa ini, saya teramat takut seandainya saya tergolong di dalam 5 golongan yang menyesal itu iaitu orang yang kehilangan kesempatan beramal!

Hari ini adalah hari ke-10 Ramadhan, malam ini adalah malam ke-11 Ramadhan, sudah menjengah masuk ke fasa ke-2 Ramadhan dan melepasi fasa pertama. Fasa pertama Allah s.w.t menjanjikan RahmatNya…sudahkah kita berjaya mendapat RahmatNya @ masih tidak ada perubahan?

Sudahkah saya menggunakan sepenuh kesempatan di bulan barakah ini dengan sebaiknya? Masih kelu lidah ini untuk menjawab walau di sudut hati.

Saya tidak pasti sejauhmanakah target yang saya letakkan di bulan yang penuh Rahmat Allah ini tercapai? Sekali lagi saya kebingungan. Tiada jawapan walau di sudut hati.

Air mata ini mudah benar mengalir. Biarkan. Sebak. Mengenangkan amal yang kurang. Dosa yang bertimbun. Amanah tersedia ada di tambah amanah yang baru diterima. Binggung. Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui hati ini. Moga diberi kekuatan. Moga dipermudahkan segala urusan. Moga diterima amalan. Moga diberikan kesabaran.

Di mata saya saat solat sunat tarawih malam tadi, terbayang-bayang Ramadhan akan pergi jua meninggalkan…saya teramat takut. Atau saya yang akan pergi meninggalkan di tengah-tengah kehangatan Ramadhan? Wallahuallam…Mudah-mudahan Allah memberi yang terbaik.

Masih ada 20 hari lagi Ramadhan, berusahalah…seandainya perlu pecut ke gear 5, pecutlah…asalkan tidak menyesal kemudian hari. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita. Sebaik-baik amalan adalah amalan yang ikhlas hanya kepada-Nya.

18 Ramadhan nanti genap lagi umur saya. Amal…bagaimana? Amanah… tak tertanggung, bagaimana? Sekali lagi persoalan ini timbul setelah 23 tahun berpenghuni di bumi Nya tanpa apa-apa bayaran. Hanya diri ini sahaja yang mampu menjawabnya.

Mudah-mudahan tulisan ini menyedarkan diri saya terutamanya dan yang lain. Kesemuanya mengingatkanku ke arah kematian. Janji sebuah pertemuan dengan Rabb yang teramat mustahil untuk dimungkiri!


Penulis: Penulis sejak akhir-akhir ini pelik, ramai betul yang ucap ‘tahniah’. Sepatutnya ‘takziah’…penulis benar-benar pelik. Tapi ayah lain pula katanya setelah aku smsnya…nasihat beliau melalui smsnya “Pandai bagi masa. Banyakkan sabar. Moga Berjaya”. Walaupun ringkas, tapi tepat dengan situasiku. Kerna beliau tahu perasaan anaknya. Terima kasih ayah. Satu-satunya lelaki dalam hidupku setelah tok wan telah pergi. Kuna a.k.a cek nab cantik +fisya+angeline…terima kasih jua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails