14 October 2009

NICU, SCN, MAC...anak-anak itu cahaya mata


NICU, SCN, MAC
Kali pertama dan hari pertama melangkah di NICU (Neonatal Intensive Care Unit), diri ini rasakan bagaikan ‘rusa masuk kampung’, suasana yang baru, procedure yang baru, patient yang berbeza dan apa yang paling tidak percaya saya akan menguruskan ‘ neonate’ yang majoritinya ‘premature’ dilahirkan 38 minggu ke bawah. Di dalamnya bukan sekadar NICU, tetapi termasuk juga SCN (Special Care Neonate) dan MAC (Mother Accompany Child)

Bayangkan di sini menempatkan around 50 neonate yang perlu dimandikan setiap pagi, dipakaikan baju dan lampin, di beri susu setiap 4jam, ditimbang berat mereka, perlu dijaga rapi, ‘under warmer’, ‘under phototherapy’, O2 therapy, ‘isolation’and so on. Yang paling hati saya tidak mampu menerima adalah anak-anak ini menjadi ‘mangsa’ para doctor mengambil darah untuk ‘blood test’ dan procedure ward ‘dextrostic’ (blood glucose test).

Ward ini meriah dengan tangisan, raungan dan jeritan anak-anak ini. Pelbagai kaum, melayu, india, cina, orang asli, satu Malaysia yang pasti. Awalnya, sudah tentu saya tidak tahan apabila melihat bayi menangis kerna semasa di rumah, kebiasaan anak kecil menangis, kita akan belai mereka dan tenangkan mereka, tetapi di sini sungguh tidak menang tangan. Terlampau banyak yang perlu di’pujuk’. Tapi sebenarnya, bayi menangis, baik buat mereka, kalau tidak mereka akan tidur sepanjang masa, at least mereka ada ‘aktivity’ untuk dibuat iaitu menangis. Tangisan itu harus di’assess’ juga. Tangisan ini pelbagai bentuk. Tangisan yang tidak sihat adalah ‘grunting and with loud and high pitch sound’.

Apa yang tidak dapat saya bayangkan, saya akan memegang ‘neonate’ yang begitu kecil, saiz kakinya adalah saiz ibu jari saya yang mana beratnya hanya sekitar 1 kg lebih. Saya seolah-olah tidak percaya. Ia menjanjikan satu pengalaman yang begitu menarik buat saya dan teman-teman posting. Posting yang memahirkan diri mengurus anak kecil yang baru mengenal dunia.

Anak-anak adalah cahaya mata

Apa yang pasti hari ini menjanjikan kebahagiaan dan kepuasan buat diri saya, kerna dapat melihat bayi yang comel dan ‘cute’. Anak-anak yang dilahirkan samada normal atau ‘premature’ atau berhadapan dengan pelbagai ‘complication’, dilahirkan dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa dan noda. Mungkin itu sebab utama kenapa apabila saya melihat bayi, hati saya menjadi tenang, jauh daripada masalah yang hakikatnya banyak yang harus saya fikirkan, jauh daripada kerenah orang dewasa yang kadang-kadang banyak menyakitkan hati.

Melihat mata anak-anak kecil, ‘neonate’, ‘infant’ mahupun ‘children’ yang masih belum baligh menjadikan therapy yang terbaik untuk ketenangan dan kebahagiaan dan menyejukkan hati. Setiap anak yang dilahirkan, adalah harapan baru buat dunia. Khalifah yang akan memakmurkan bumi. Anak-anak ini masih bersih dan terlepas daripada segala dosa, maka bergantung kepada ibu bapanya kearah manakah harus dibentuk anak itu.

Permata pada ayah bonda, sinaran bahgia membawa ke syurga. berrsyukur pada yang Esa atas anugerah dan nikmatnya.

Anak-anak adalah cahaya hati, yang bakal menjadi ‘harta’ kita didunia dan aset kita di akhirat kelak. Baiknya kita, maka baik lah didikan kita pada mereka, membesarlah mereka dalam suasana yang sihat dan sempurna, diberikan didikan secukupnya, diajar mengenal Allah dan Rasul, dimengertikan kenapa kita wajibnya Islam. Maka bakal membesarlah seorang individu yang membawa ‘cahaya’ ke dunia penyambung dakwah Rasul dan para sahabat. Sewajarnya kita mendoakan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan diberikan kekuatan buat kita untuk membesarkan mereka dengan sempurna untuk dunia mereka dan akhirat mereka.

Syukur Ya Allah

Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah merasakan pengalaman yang berbeza buat diriku. Hikmah yang jelas. Menginsafkan tentang hakikat saya seorang hamba. Menenangkan hati ini yang sentiasa mendambakan ketenangan. Selalu tergiang-giang di kepala saya lagu ‘favourite’ saya iaitu ‘cahaya hati’ nyanyian In-Team. Mari kita sama-sama perhalusinya.
Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati, penyejuk mata,
Nikmat Allah yang paling bahgia,
Amanah Allah yang mesti dijaga.
Di asuh dan di pelihara, mencuaikan nya adalah dosa
zahirnya ibu bapa yang mendidik mereka,
hakikatnya adalah Tuhan yang esa yang membimbing mereka dengan bijaksana……

Penulis: I’ m missing in Temerloh (HoShah) Bandar ikan patin mencari ketenangan.

11 October 2009

Masa...! Kau Berlalu Pantas.


Assalamualaikum wbr. buat sahabat-sahabat, teman-teman sekalian…

Diri ini berasa sedikit terkilan pada diri sendiri kerna sudah lama tidak ‘update’ laman sendiri. Sememangnya salah sendiri. Sehingga membiarkan berlalu pergi begitu sahaja idea yang mendatang.

Sebelum saya bertolak ke Temerloh esok, izinkan saya mencoretkan sesuatu sebelum saya kempunan. Kerna di sana susah betul untuk mendapat ‘source of internet’.

Sedar tidak sedar, tempoh kuliah untuk semester pengajian ini sudah pun berakhir pada hari semalam. ‘Posting period’ selama tiga minggu akan bermula pada Isnin ini. Disusuli dengan ‘final exam’ yang digeruni yang menentukan nasib semester ini walaupun ia bukan segala-galanya.

Masa begitu cepat berlalu, tanpa kita sedari, tanpa kita sedar apa yang kita pelajari sebenarnya. Apa yang kita telah buat sebenarnya. Adakah saya meninggalkan masa? Atau masa yang meninggalkan saya? Saya keliru. Mari kita sama-sama selongkari!

Isu ‘waktu/masa’ bukanlah isu biasa dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Isu ‘waktu/masa’ adalah isu pokok terhadap isu-isu lain. ‘Masa adalah kehidupan’ itulah perkataan yang selalu saya ingatkan pada diri sebelum saya ke sekolah di zaman persekolahan kerna ia terpampang di pintu almari saya. Hari-hari saya membacanya.

Setiap saat dan ketika dari detik-detik waktu peredaran jam, dari pertukaran dari hari ke hari adalah sukatan umur kita dan kehidupan kita.

Besar perhatian al-Quran dan as-Sunnah tentang masa. Banyak dalil yang Allah sentuh berkaitan masa. Masa/waktu adalah nikmat dan kelebihan yang Allah berikan pada manusia. Cuba kita sama-sama perhatikan maksud ayat ini:

Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus-menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia mengurniakan setiap permintaan kamu itu. Dan jika kamu hendak menghitungkan segala ni’mat Allah, nescaya kamu tidak mampu untuk memhitungkannya” (Surah Ibrahim: Ayat 33-34)

Dan banyak lagi dalil-dalil lain yang Allah sentuh tentang masa antaranya boleh dirujuk pada ayat Surah al-Furqan (62), al-Lail (1-2), dan al-Asr (1-2).

Merujuk pada buku “Detik-detik Masa Dalam Kehidupan” karangan Dr.Yusof al-Qordawi, ulama-ulama tafsir berpendapat bahawa Allah s.w.t bersumpah dengan nama-nama makhluk ciptaanNya, seperti Dia bersumpah dengan nama –nama hari, adalah bertujuan untuk menerangkan kepada manusia betapa bernilainya masa dan kesan-kesan dari peredaran masa!

Betapa Allah menitikberatkan masa, sedangkan kita bagaimana? Masih dengan masalah berkurun-kurun dahulu, malas, ‘procrastination’ (bertangguh), bual-bual kosong…masih lagi kegemaran!

Renung-renungkanlah…di mana keseluruhan manusia di hari kiamat kelak, semua manusia akan di soal-jawab di hadapan Allah s.w.t. Di mana keseluruhan manusia di hari pembalasan akan dikemukakan kepada mereka 4 persoalan, 2 daripada soalan itu merupakan soalan pokok berhubung dengan masa.

Di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a:

Setiap hamba di hari Qiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana-mana, selagi dia belum selesai disoal-jawab tentang 4 perkara:

1. Tentang umur, di manakah dihabiskan waktu di dunia dahulu?
2. Di masa ia menghadapi remajanya, bagaimana di waktu itu?
3. Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
4. Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmunya?


Masa mengandungi ketentuan yang berbeza. Semoga kita menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Letakkan keazaman pada hati yang sedar untuk kita laksanakan segala amanah, kewajipan dan tanggungjawab yang terpikul di bahu dengan sebaik mungkin. Moga kita tidak berlaku zalim pada usia yang ada.

Masa….!
Kau berlalu pantas.
Seminggu dirasakan sehari
Sebulan bagaikan seminggu.
Tanpa disedari!
Tahun ke tahun…
Seumur hidup,
kalian rasakan,
dalam impian!!!

Selamat menempuhi hari-hari mendatang dengan lebih TABAH biarpun kita akan berhadapan dengan cabaran yang lebih besar. Tetapi jangan lupa untuk belajar daripada masa lampau kerna kenangan adalah umur kedua manusia.

“kita akan selalu mengenang dan berkaca pada mereka
Sungguh kenangan itu umur kedua manusia”

-(Unknown)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails