09 July 2009

PPSMI akhirnya dimansuhkan; tahniah buat pencinta bahasa




Tahniah saya ucapkan kepada Kementerian Pelajaran kerna berani membuat keputusan yang bijak (setelah rakyat dan pejuang bahasa menunggu sekian lama) untuk memansuhkan dasar PPSMI.


“Dasar PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012”-Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin-HRKH

Perkara 1: Sebagai mahasiswa, saya menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran setelah menilai kembali pelaksanaan dasar tersebut di peringkat sekolah dan mengambil kira kajian yang telah dilaksanakan oleh pelbagai institusi.

Perkara 2: Suka saya nyatakan di sini, kerajaan seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada apa yang berlaku setelah pelaksanaan dasar PPSMI diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Dasar ini telah terbukti menjerumuskan rakyat terutama para pelajar kita ke lembah ‘penderaan dalam pembelajaran’, walaupun tidak semua merasakan ia adalah sesuatu ‘penderitaan’ dan ‘pencabulan’ terhadap bahasa kebangsaan kita.

Kerajaan yang memerintah seharusnya belajar daripada kesilapan yakni tidak akan sama sekali menggubal dasar sesuka hati dan menuntut rakyat mematuhinya walaupun ia sama sekali membebankan anak bangsa kita. Setiap dasar yang ingin digubal seharusnya di perhalusi di segenap peringkat dan penjuru.

Perkara 3: Saya juga amat berharap keputusan Menteri Pelajaran untuk menghadkan pengambilan hanya 10 mata pelajaran untuk calon-calon SPM dan 11 matapelajaran untuk calon-calon aliran sains agama serta mewajibkan calon-calon SPM untuk lulus BI sebagai syarat lulus peperiksaan diperhalusi dengan sebaik-baiknya. Tersalah langkah kerajaan dalam membuat keputusan dan menggubal sesuatu dasar, akan membinasakan anak bangsa kita sendiri dan kerajaan itu sendiri menjadi punca kelemahan anak-anak kita.

Perkara 4: Saya amat berharap keputusan yang diputuskan oleh Menteri Pelajaran pada hari ini adalah tidak ada kaitan atau bersangkut paut lansung dengan kempen pilihan raya Dun N41 Manek Urai untuk meraih undi rakyat. (jikalau benar hanya Allah sahaja yang mengetahui) dan mohon keputusan ini dibuat atas dasar kepentingan anak bangsa kita demi untuk tidak melihat anak-anak generasi kita akan datang mundur dan ketinggalan dari segi pendidikan.

Akhir kalam…tahniah yang paling bermakna buat Sasterawan Rakyat Datuk A.Samad Said, Negarawan Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan negarawan-negarawan yang lain dan pencinta bahasa kerna di atas usaha kalian memperjuangkan bahasa kebangsaan kita dan menyatakan suara rakyat.Dan suara kalian selama ini didengari.

No comments:

Post a Comment

Comment Here

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails