07 September 2010

Taqoballahu Minna wa Minkum Taqoballahu Ya Kareem...


Taqoballahu Minna wa Minkum Taqoballahu Ya Kareem...


Salam Idulfitri buat semua saudara mara, sahabat handai dan seluruh saudara seIslamku di Malaysia dan seluruh dunia Islam...

Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah sebagai amal kebaikan di sisiNya. Semoga segala yang terdidik di bulan Ramadhan menjadi diri kita di bulan-bulan yang lain.
Pohon kemaafan atas segala salah dan silap, yang disedari mahupun yang tidak disedari, yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. 'Asif 'ala kullihal.

Ramadhan Terakhir Kita Bersama!



Ramadhan Terakhir Kita Bersama!

Memang sukar and sayu untuk membayangkan…inilah Ramadhan terakhirku sebagai seorang mahasiswa, Ramadhan terakhirku di kampus.

Inilah Ramadhan terakhirku bersama teman-teman seperjuangan, 4 tahun ‘struggle’ in Bachelor of Nursing, teman-teman, sahabat-sahabat Dentist, Pharmacy, Allied Health, Sciences and Medic yang sama-sama menuntut ilmu di bumi Kuantan.
Ramadhan terakhir kita bersama…, kita bersahur, kita berbuka, kita bertaraweh, kita bertadarus, kita berqiamullail bersama-sama…

Segala-galanya kekal menjadi kenangan dalam lipatan jurnal kehidupan.

Mungkinkah jua inilah Ramadhan terakhirku…seandainya…

Tiada lagi Ramadhan lain selain Ramadhan ini yang bakal berlabuh,

Ramadhan yang tidak mungkin digapai kerna diri sudah ‘tiada’ di sini….wallahu’allam. Allah lebih Mengetahui.
Seperti sebuah perjalanan yang panjang, sesungguhnya hidup ini adalah kereta tua yang tidak pernah tahu bila ia akan berhenti. Ia terus berjalan, melalui apa sahaja yang dihadapannya. Segala disisinya melambaikan perpisahan. Tetapi tidak ada satupun orang yang mengerti bila ia akan berakhir.

Setiap lambaian kehadiran, sesungguhnya adalah lambaian perpisahan.

Kita hadir untuk kembali.

Kita datang untuk pulang.

Kita lahir untuk mati.

Begitulah pada hakikatnya.

Kita lahir sendirian, tidak punya apa-apa….

Kita kembali sendirian dan tidak punya apa-apa jua.

Ramadhan yang mulia, saat sumber kekayaan spiritual dilapangkan seluas-luasnya, saat pelbagai kurniaan tidak diberikan pada bulan selainnya. Harus ada kebimbangan bagi kita, barangkali ini Ramadhan terakhir kita.


Taqoballahu Minna wa Minkum Taqoballahu Ya Kareem...

Hari-Hari Duka Orang Soleh


Hari-hari duka orang-orang soleh
Hari-hari terakhir pada bulan Ramadhan adalah hari-hari duka bagi orang-orang soleh. Air mata mula menitis dipenghujung Ramadhan. Lantaran bulan yang penuh keberkatan dan keampunan akhirnya akan berakhir.

Mereka disapa kegelisahan, gundah-gulana dan dukacita. Mereka bimbang, kerana merasa belum sempat mengambil manfaat di sepanjang Ramadhan.

Mereka khuatir seandainya amalan-amalan mereka tidak diterima dan dosa-dosa masih belum diampuni. Mereka berduka kerna boleh jadi tidak sempat lagi bertemu Ramadhan di tahun-tahun hadapan.

Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib ra, bahawasanya beliau biasa berseru pada penghujung malam Ramadhan
“Seandainya aku tahu siapakah orangnya yang diterima amalannya agar aku dapat memberikan tahniah kepadanya, dan siapakah orangnya yang ditolak amalannya agar aku dapat melawatnya”.


Perlu disana kita menyimpan rasa khuatir yang mendalam dalam diri , bimbang amal kita tidak diterima oleh-Nya.


Ya Allah…Ramadhan ini pasti akan dirindui selalu.
Ya Allah Ampunilah dosa-dosa kami…dan terimalah amalan kami ini.

04 September 2010

Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya!

Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya!

Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam. Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa.

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a. berkata:

"Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?''

Baginda bersabda: Ucapkanlah: "Ya Allah kami bermohon pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hamba hamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.''

(Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).

Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud:Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).

Hati daripada segumpal darah perlu ‘berpuasa’

Hati daripada segumpal darah perlu ‘berpuasa’.
Assalamualaikum wbr. dan Salam 26 Ramadhan.

Dalam beberapa malam lagi Ramadhan akan bakal meninggalkan kita, dan Syawal menjelma.

Bagaimana puasa kita 25 hari yang lepas? Adakah kita benar-benar berpuasa dalam erti kata berpuasa jasad/ fizikal dan hati jua turut berpuasa?

Seluruh jiwa dan jasad harus berpuasa.

Hati daripada segumpal darah yang mana peranannya sebagai kerajaan dalam diri kita perlu berpuasa. Seringkali puasa dan amalan-amalan kebaikan pada bulan Ramadhan menjadi tidak bernilai kerana hati tidak ber’puasa’. Hanya jasad yang berpuasa…hati masih lagi dibaluti sifat-sifat mazmumah; amarah, dengki, dendam, benci, prasangka buruk dan sebagainya.
Hati yang ber’puasa’ adalah hati yang bersih daripada kesyirikan, kepercayaan kepada perkara-perkara batil, niat buruk dan lintasan fikiran yang buas.
Abdullah bin Amr bin Ash ra meriwayatkan seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Siapakah manusia yang paling mulia?”

Rasulullah menjawab, “orang yang bersih hatinya dan baik lisannya”.
Sahabat berkata “kami tahu apa yang dimaksudkan dengan baik lisannya, namun apa yang dimaksudkan dengan bersih hatinya?”

Rasulullah s.a.w menjawab “Maksudnya adalah orang yang bertakwa dan orang yang suci. Di hatinya tidak ada dosa, iri, dengki dan dendam”. -HR Ibnu Majah-
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang kemuliannya melebihi darjat puasa, solat dan sedekah?”

“Ya” jawab para sahabat.

Baginda meneruskan sabdanya “Perelokkanlah sikap kalian, kerana sikap yang buruk itu seperti pencukur. Yang aku maksudkan bukan mencukur rambut tetapi mencukur agama” -HR Tirmidzi-

Baginda juga menerangkan juga kepada para sahabat tentang kehadiran seorang ahli syurga di kalangan mereka. Ketika orang itu ditanya mengapa kamu termasuk dalam golongan ahli syurga? Dia menjawab “Aku tidak boleh tidur jika di dalam hatiku masih ada hasad dan iri kepada orang lain.”
Ramadhan bakal berakhir, walau betapa sukar dan berat sekalipun untuk kita melepaskan Ramadhan pergi…ia tetap akan berlalu pergi dan akan kembali pada 1432H dan seterusnya setiap tahun sehinggalah kiamat berlaku…tetapi kita…masih belum pasti samada bakal bertemu kembali atau tidak!

Ramadhan akan menyapa orang yang bersih hatinya, suci daripada segala sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati. Oleh itu, berusahalah kita untuk membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit yang berbahaya. Di bulan Ramadhan ini, Allah melimpahkan seluruh Rahmatnya, inilah peluang kita untuk memberi ‘energy’ kepada diri , merawat hati, membuang segala toksik yang terkumpul di dalam hati sebelum ia menyerang organ-organ lain dan sebelum kita terlambat yakni tidak dapat diselamatkan.

Berakhirnya NurSS Tenure 2009/2010

Berakhirnya NurSS Tenure 2009/2010
Selepas melalui fasa-fasa ‘election’, maka berakhirlah Tenure 2009/2010 dan bermulalah Tenure baru 2010/2011 secara rasminya pada 9 Ramadhan 1431H, 19 Ogos 2010.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, dengan kekuatan barisan kepimpinan yang ada, akhirnya berjaya melalui, menghadapi dan mengisi Tenure 2009/2010 dengan sesuatu ‘contribution’ biarpun tidak banyak…itulah yang mampu kami lakukan dan usahakan dengan sokongan seluruh warga Nursing.

Hakikatnya, jawatan itu adalah amanah yang cukup berat…mohon dihalalkan semua seandainya di sana ada amanah dan tanggungjawab yang tak tertunai. Ya Allah ini sahaja yang mampu aku ikhtiarkan.

Buat kepimpinan NurSS Tenure 2010/2011…selamat berkhidmat, all the best, semoga kalian terus cekal bersama mencorak masa depan NurSS sebagai medan warga Nursing UIAM, Kampus Kuantan.

Jawatan itu bukan suatu kebanggaan,tetapi adalah ‘kehinaan’ jika gagal
Jawatan itu bukan suatu yang diimpikan, kerna di sana pasti ada tanggungjawab yang berat.
Usahlah bergembira atau berbangga bila berjawatan, bimbang ia memakan diri.
Tetapi seandainya terpilih, banyakkan istighfar…
usahlah gusar, usahlah bimbang, kerna Allah yakin bahwa kalian mampu.
Ikhlaskan niat, teruskan usaha, bermohon pada Allah moga2 Allah sentiasa memandu kita.

Wallalhu’allam.

10 August 2010

Sambungkan Aku ke Cinta Itu

Sambungkan Aku ke Cinta Itu

Kata-kata yang berbunga di pagar
Adalah aku yang terlantar,
Dicurah hujan, tertidur-tidur berembun
bertindih rindu,

Terpintal sewaktu-waktu melontar pandang
ke langsir tertiup,
Kekasih yang lama ghaib di jendela,
Cuma zahir dijelma renda,
Terimbas terlintas-lintas
di wangi Ramadhan,

bunga di pagar yang terlingkar,
adalah aku yang tertinggal,
izinkan aku mengejar,

nantikan akuMaghfirah,
sambungkan aku ke benang Arasy
yang terlilit di pagar waktu,

sambungkan aku ke perca cinta,
kerna dia kekasihku…


Dikarang oleh Anbakri, 10 Ramadhan 1429H
Dijelmakan kembali oleh penulis dalam blog ini pada 1 Ramadhan 1431H

Ramadhan telah kembali,
Syukurku masih diberi ruang dan peluang yang terlalu ini,
Sebak, syahdu masih terakam di dada,
Tak terkata…
Moga-moga aku, kalian… tergolong dalam golongan yang bertuah
Menggapaimu Ramadhan…
Jangan biarkan ia berlalu pergi begitu sahaja.
Cintaku setia menantimu kembali ke sisi….lailatul Qadar…

SALAM RAMADHAN KAREEM! Hope this Ramadhan will give us more blessing from Allah s.w.t

04 August 2010

NurSS This Week.

Assalamualaikum. NurSS this week. Let we join together! Brought by Nursing Student Society (NurSS).
NurSS Election Weeks
Stand up, think smart, choose your leader!


NurSS Family Day 2010

Knowing you better



Blood Donation Programme
Give blood, save life

Ihya Ramadhan-Multimedia Show Competition. In collaboration with DnT KBS and SRC

Somebody is leaving...because Ramadhan is coming

01 August 2010

Telatah Manusia

Telatah Manusia
Kisah Luqman Hakim dengan anaknya.

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Penulis: Ya Allah, beginikah telatah mulut manusia….seandainya begini, peliharalah diriku daripada menjadi mangsa mulut-mulut sebegini, bukakanlah pintu hati mereka, peliharalah orang lain jua daripada menjadi mangsa mulutku yang satu ini dan, peliharalah hatiku justeru mulutku yang satu ini. Peliharalah kami hamba-hambaMu daripada memperkatakan perkara-perkara yang tidak baik. Amin.

Pandangan Allah lebih baik daripada pandangan manusia. Tidak usah gentar untuk melakukan sesuatu atau sebarang perubahan selagi ialah adalah kebenaran.

“Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu”

13 July 2010

Salam Awal Muharam 1432H


SALAM MA'AL HIJRAH BUAT SEMUA TEMAN-TEMANKU SEKALIAN
MAY ALLAH BLESS US HERE & HEREAFTER
Sincerely from;
ASYIKIN ABDUL RAZAK
HADAS NUSANTARA BELAH TIMUR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails